awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN tarik rayuan berkaitan cukai pendapatan terhadap anak Najib, Nooryana Najwa

Bernama
Bernama
05/10/2022
03:43 MYT
LHDN tarik rayuan berkaitan cukai pendapatan terhadap anak Najib, Nooryana Najwa
LHDN sebelum ini merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos 2020 yang menolak permohonannya untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Nooryana Najwa. - Fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menarik balik rayuannya, yang difailkan di Mahkamah Rayuan, berhubung samannya terhadap anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa bagi mendapatkan RM10.3 juta cukai pendapatan tidak dibayar.
Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Nooryana Najwa berkata LHDN memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan itu pada Isnin.
"Anak guam kami telah menyelesaikan kes cukainya selepas ejen cukainya dan LHDN berbincang mengenainya," katanya semasa dihubungi hari ini.
Wee berkata rayuan LHDN yang dijadualkan didengar hari ini.
LHDN merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos 2020 yang menolak permohonannya untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Nooryana Najwa bagi mendapatkan semula RM10.3 juta cukai pendapatan yang belum dibayar.
Pada 24 Julai 2019, kerajaan Malaysia memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan menerusi LHDN, di Mahkamah Tinggi, menamakan Nooryana Najwa selaku defendan.
Menurut penyataan tuntutan, LHDN mendakwa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.
LHDN mendakwa sehingga kini, defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#Najib Razak
#Nooryana Najwa
#cukai tidak dibayar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan