awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia usaha kurangkan inflasi perubatan melalui inisiatif pembiayaan kesihatan RESET BNM
DUNIA
China perbaharui amaran tahap kuning untuk hujan ribut
DUNIA
Tiada kekurangan bekalan minyak global meskipun konflik Asia Barat meruncing - Novak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

LHDN terima 328 juta e-Invois daripada hampir 35,000 pembayar cukai sejak Ogos 2024

Bernama
Bernama
12/06/2025
12:00 MYT
LHDN terima 328 juta e-Invois daripada hampir 35,000 pembayar cukai sejak Ogos 2024
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 328 juta e-Invois daripada pembayar cukai sehingga semalam sejak sistem itu dilancarkan pada Ogos 2024. - BERNAMA
GEORGE TOWN: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 328 juta e-Invois daripada pembayar cukai sehingga semalam sejak sistem itu dilancarkan pada Ogos 2024.
Pengarah Bahagian e-Invois Jabatan Operasi Cukai LHDN Dr Rasyidah Che Rosli berkata hampir 35,000 pembayar cukai telah menghantar e-Invois termasuk mereka yang mengambil inisiatif secara sukarela sebelum fasa mandatori masing-masing bermula.
"Ini menunjukkan sambutan yang positif daripada pembayar cukai di bawah fasa pertama serta mereka yang termasuk dalam fasa kedua dan ketiga yang melaksanakan e-Invois secara sukarela.
"Rekod digital menerusi sistem e-Invois membantu mengelakkan kehilangan atau tersalah simpan dokumen dan pada masa depan akan diintegrasikan secara terus ke dalam borang nyata cukai bagi meningkatkan kecekapan dan ketepatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada acara CTOS SME Biz Day 2025 Pulau Pinang di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo dan dihadiri lebih 1,300 peserta termasuk wakil kerajaan, pakar industri dan tokoh korporat ternama.
Dr Rasyidah turut memaklumkan bahawa LHDN memberikan tempoh kelonggaran selama enam bulan bagi setiap fasa pelaksanaan, khususnya untuk pembayar cukai yang mengeluarkan e-Invois yang disatukan.
Beliau berkata LHDN turut menyokong proses peralihan ini dengan menyediakan garis panduan dan soalan lazim di laman mikro e-Invois agensi itu.
"LHDN juga menyediakan mekanisme penghantaran e-Invois melalui API (Application Programming Interface) yang disepadukan dengan MyInvois, membolehkan pembayar cukai sama ada membangunkan sistem mereka sendiri atau menggunakan perkhidmatan penyedia teknologi," katanya.
Pembayar cukai juga boleh menghantar e-Invois secara percuma menerusi Portal MyInvois, dan boleh merujuk laman mikro LHDN untuk panduan lanjut.
Pelaksanaan e-Invois bermula 1 Ogos, 2024 bagi syarikat dengan jualan tahunan melebihi RM100 juta. Fasa kedua bermula 1 Jan, 2025 bagi syarikat dengan jualan tahunan antara RM25 juta hingga RM100 juta.
Pada 5 Jun, LHDN mengumumkan bahawa pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 akan dikecualikan daripada sistem e-Invois buat masa ini.
Sementara itu, pelaksanaan untuk mereka yang berpendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta ditangguhkan ke 1 Jan, 2026, manakala mereka yang berpendapatan sehingga RM1 juta akan bermula pada 1 Julai, 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#e-invois
#pembayar cukai
#Lembaga Hasil Dalam Neger
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami