awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Subahan optimis Speedy Tigers tempah slot ke Piala Dunia 2026
Blue Origin gantung pelancongan angkasa, fokus misi ke bulan
Angka korban nahas kereta api Sepanyol meningkat kepada 46 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Rob Reiner akan didakwa atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya - Pendakwa Raya

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2025
00:10 MYT
Anak Rob Reiner akan didakwa atas dua pertuduhan membunuh ibu bapanya - Pendakwa Raya
Nick Reiner ditahan pada hari kejadian dan kini ditahan reman dengan ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$4 juta. - Foto AP
LOS ANGELES: Pendakwa raya di Los Angeles mengumumkan bahawa Nick Reiner, anak kepada pengarah dan pelakon terkenal Hollywood, Rob Reiner, akan didakwa atas dua tuduhan membunuh kedua-dua ibu bapanya di Brentwood, California
Nick Reiner, 32, dituduh membunuh Rob Reiner, 78, dan isterinya Michele Singer Reiner, 68, di kediaman keluarga mereka di Brentwood, California.
Menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Daerah Los Angeles, pertuduhan itu turut disertakan dengan dakwaan khas melibatkan penggunaan senjata berbahaya dan pembunuhan berganda, yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup tanpa parol atau hukuman mati.
Mayat pasangan itu ditemui oleh anak perempuan mereka, Romy Reiner, pada petang Ahad lalu.
Sumber yang rapat dengan keluarga memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa dipercayai diserang ketika sedang tidur, dengan kesan kelar pada leher mereka.
Nick Reiner, seorang penulis skrip dan anak tengah pasangan tersebut, ditahan pada hari kejadian dan kini ditahan reman dengan ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$4 juta.
Dia dilaporkan menunjukkan tingkah laku tidak menentu dan terlibat dalam pertengkaran dengan ibu bapanya pada malam sebelum kejadian, ketika menghadiri majlis sambutan Krismas anjuran Conan O’Brien.
Pendakwa Raya Daerah, Nathan Hochman, berkata keputusan sama ada pihaknya akan menuntut hukuman mati masih dalam pertimbangan, walaupun ia jarang dilaksanakan di California.
Siasatan lanjut masih dijalankan oleh Jabatan Polis Los Angeles dengan kerjasama pihak berkuasa persekutuan.
Topic Berkaitan
#Rob Reiner
#bunuh
#Nick Reiner
#pertengkaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan