awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN tidak lagi terima cek, MOPO sebagai instrumen terimaan bayaran cukai langsung

Bernama
Bernama
12/06/2023
09:26 MYT
LHDN tidak lagi terima cek, MOPO sebagai instrumen terimaan bayaran cukai langsung
Selepas 1 Ogos 2023, LHDN berkata pembayaran cukai langsung bagi saluran PPTH, bank ejen dan pejabat pos dengan menggunakan nombor bil atau TIN boleh dilaksanakan melalui medium bayaran secara bank draf atau tunai. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara berperingkat tidak lagi menerima cek dan Money Order/Postal Order (MOPO) sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Pusat Pengurusan Terimaan LHDN (PPTH), Kaunter Bayaran Duti Setem, bank dan pejabat pos yang menjadi ejen kutipan bayaran LHDN, bermula 1 Jun lepas.
LHDN dalam kenyataan hari ini berkata pengecualian bagaimanapun diberikan kepada bayaran cukai pendapatan bagi bayaran pendahuluan dan ansuran kes audit, siasatan dan guaman sivil menggunakan Cek/Post Dated Cheque (PDC) yang telah dikemukakan kepada LHDN sebelum 1 Ogos 2023.
Menurutnya pengecualian pemberhentian penerimaan MOPO sebagai instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung juga diberikan untuk bayaran potongan cukai dua peratus terhadap pembayaran komisen oleh syarikat pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih seperti di bawah Seksyen 107D, Akta Cukai Pendapatan 1967.
LHDN berkata saluran bayaran yang akan terlibat dengan pelaksanaan pemberhentian penerimaan cek dan MOPO adalah Kaunter Bayaran PPTH Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu; kaunter bayaran bank dan Pos Malaysia yang menjadi ejen kutipan LHDN; mesin deposit cek (CDM) di bank yang menjadi ejen kutipan LHDN; bayaran cukai pendapatan yang dihantar melalui pos atau kurier; dan kaunter bayaran duti setem di Pejabat Satelit atau Pejabat Setem Negeri.
Selepas 1 Ogos 2023, LHDN berkata pembayaran cukai langsung bagi saluran PPTH, bank ejen dan pejabat pos dengan menggunakan nombor bil atau nombor pengenalan cukai (TIN) boleh dilaksanakan melalui medium bayaran secara bank draf atau tunai.
"Medium bagi bayaran Duti Setem di Kaunter Bayaran Duti Setem di Pejabat Satelit atau Pejabat Setem Negeri selepas 1 Julai 2023 pula dibuat menggunakan bank draf sahaja," menurut kenyataan itu.
Menurutnya pembayaran cukai langsung boleh terus dilaksanakan dengan menggunakan nombor bil atau TIN menerusi medium bayaran secara dalam talian melalui Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my. atau portal perbankan internet bank ejen.
Ia juga boleh dibuat secara tunai menerusi Kaunter Pos Malaysia, bank ejen, mesin deposit tunai bank ejen; mesin juruwang automatik bank ejen tertentu; atau menerusi Pindahan Telegrafik, Pindahan Dana Elektronik dan Pindahan Giro Antara Bank (IBG) menggunakan Sistem e-TT bagi pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di Malaysia dan juga pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#akaun bank
#Portal MyTax
#medium bayaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan