awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDNM lancar MyTax, permudah akses maklumat berkaitan cukai

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
19/11/2020
06:56 MYT
LHDNM lancar MyTax, permudah akses maklumat berkaitan cukai
Dr Sabin berkata, produk terbaharu itu memudahkan orang awam untuk mengakses pelbagai maklumat termasuk transaksi lejar, status bayaran balik dan potongan cukai bulanan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melancarkan MyTax yang merupakan pusat gerbang maklumat dan pusat sehenti bagi pembayar cukai.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, produk terbaharu itu memudahkan orang awam untuk mengakses pelbagai maklumat termasuklah transaksi lejar, status bayaran balik dan potongan cukai bulanan.
“Pembayar cukai boleh mengakses maklumat seperti transaksi lejar, status bayaran balik, potongan cukai bulanan, jadual ansuran CP500 dan status Sijil Penyelesaian Cukai (SPC).
“Selain itu, MyTax juga menyediakan capaian ke perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM seperti e-Filing, ByrHasil, e-Daftar dan lain-lain,” katanya dalam ucapan semasa Sambutan Hari Inovasi dan Integriti 2020 (HII2020) secara dalam talian pada Khamis.
Tambah beliau, sempena Hari Inovasi dan Integriti 2020 pada Khamis, LHDNM turut melancarkan Buku Pelan Korporat LHDNM 2021 hingga 2025 dan APM Digital Learning Hub.
“Buku Pelan Korporat LHDNM 2021 hingga 2025, yang merupakan manifestasi pelan dan strategi lima tahun LHDNM untuk menjadi pentadbir cukai terunggul dengan menggariskan empat teras strategi utama.
“APM Digital Learning Hub pula sebagai platform e-pembelajaran yang menyediakan pelbagai pilihan kandungan pembelajaran korporat yang komprehensif termasuk kursus, video, buku dan sumber-sumber lain.
“Ia berkaitan Kemahiran Perniagaan dan Pengurusan, Pembangunan Kepimpinan, Transformasi Digital, Operasi Teknologi Maklumat serta Pengurusan Projek,” ujarnya.
Sambutan Hari Inovasi dan Integriti pada tahun ini disambut dengan agak berbeza, diraikan dalam suasana norma baharu.
Semua pengisian program dan kemuncak sambutannya termasuk perasmian oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berlangsung secara dalam talian.
Topic Berkaitan
#LHDNM
#LHDN
#cukai
#MyTax
#Datuk Seri Dr Sabin Samitah
#menteri
#integriti
#operasi
#Bayaran Balik
#aplikasi
#Portal
#Tengku Zafrul
#Menteri Kewangan
#Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan