awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liek Hou tidak dapat tidur lena lepas menang emas bersejarah

Bernama
Bernama
05/09/2021
09:19 MYT
Liek Hou tidak dapat tidur lena lepas menang emas bersejarah
Cheah Liek Hou menerima ucapan tahniah daripada pelbagai pihak dan berasa cukup istimewa dengan kejayaan manis meraih emas bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal), semalam. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Terlalu gembira dan bangga selepas berjaya merangkul pingat emas pertama sukan badminton di Paralimpik Tokyo, membuatkan jaguh negara, Cheah Liek Hou tidak tidur lena malam tadi.
Pemain berusia 33 tahun itu berkata, beliau menerima ucapan tahniah daripada pelbagai pihak dan berasa cukup istimewa dengan kejayaan manis meraih emas bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal), semalam.
"Saya sangat bangga dan gembira sehingga tak dapat nak tidur lena semalam.
Semakin ramai yang kenal saya sekarang, saya harap ini adalah permulaan yang baik untuk saya. Pingat ini untuk seluruh rakyat Malaysia, terima kasih," katanya menerusi satu hantaran video, hari ini.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou juara sulung badminton, sumbang emas kedua negara
BACA: "Bergenang air mata lihat Liek Hou terus berpeluk bersama Rashid" - Chong Wei
BACA: Dulu diejek, sekarang juara Paralimpik
Juara dunia sebanyak enam kali itu, mencipta sejarah menjadi pemenang pingat emas pertama sukan itu di temasya Paralimpik, selepas menewaskan pemain nombor satu dunia Dheva Anrimusthi dari Indonesia 21-17, 21-15 pada final di Stadium Nasional Yoyogi, Tokyo.
Beliau seterusnya mendedikasikan pingat emas itu untuk rakyat Malaysia terutama jurulatih yang membimbingnya Datuk Rashid Sidek, keluarga, bekas jurulatihnya dan rakan-rakan.
Badminton dipertandingkan buat kali pertama di Sukan Paralimpik Tokyo yang bermula 24 Ogos dan menutup tirainya malam ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cheah Liek Hou
#pingat emas
#jaguh badminton
#Paralimpik Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan