awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou juara sulung badminton, sumbang emas kedua negara

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/09/2021
07:57 MYT
Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou juara sulung badminton, sumbang emas kedua negara
Liek Hou menempah slot ke final selepas menewaskan pemain dari Taiwan Fang Jen Yu 15-21, 21-10, 21-16 dalam aksi separuh akhir pagi tadi - Gambar Instagram MSN
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua buat negara selepas menang pada final badminton perseorangan lelaki kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi, sebentar tadi.
Ia sekali gus menyaksikan Liek Hou adalah pemenang emas sulung acara tersebut memandangkan ini adalah kali pertama badminton dipertandingkan di Sukan Paralimpik.
Pemain ranking kedua dunia itu berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan 21-17, 21-15 dalam aksi penuh selama 50 minit.
Set pertama menyaksikan juara dunia enam kali itu menewaskan Dheva dalam aksi selama 22 minit.
Like Hou yang mendapat tunjuk ajar daripada legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek terus bangkit pada set kedua, sebelum mengesahkan pingat emas buat negara.
Terdahulu, Liek Hou menempah slot ke final selepas menewaskan pemain dari Taiwan Fang Jen Yu 15-21, 21-10, 21-16 dalam aksi separuh akhir pagi tadi.
Sementara, Dheva melangkah ke final selepas menundukkan rakan senegaranya, Suryo Nugroho 21-13, 21-15.
Sebagai rekod, Liek Hou menang dalam pertemuan terakhir dengan Dheva ketika aksi final Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Dubai, April lalu yang menyaksikan dia muncul juara.
Pingat emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 disumbangkan Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).
Topic Berkaitan
#Paralimpik Tokyo 2020
#Cheah Liek Hou
#Final badminton perseorangan
#Emas Malaysia Paralimpik Tokyo
#Dheva Anrimusthi
#Sukan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan