TOKYO: Juara badminton Sukan Paralimpik Tokyo Cheah Liek Hou membuktikan ejekan diterimanya satu masa dahulu, bukanlah penghalang baginya untuk melakar sejarah baharu dalam dunia sukan tanah air, hari ini.
Liek Hou mencipta sejarah muncul pemain pertama memenangi emas dalam kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), selepas sukan badminton dipertandingkan buat kali pertama di temasya berprestij itu di sini, kali ini.
Pemain nombor dua dunia itu menewaskan musuh ketatnya, Dheva Anrimusthi dari Indonesia, 21-17, 21-15 pada hari keempat acara badminton yang berlangsung di Yoyogi National Stadium.
Pemain berusia 33 tahun itu mengakui, tidak terkesan dengan ejekan serta gurauan kepadanya kerana baginya ia membakar semangatnya untuk membuktikan kekurangan fizikal dialaminya, mampu membawa kejayaan dalam hidupnya.
"Selain bermain dalam kategori para, saya pernah juga bersaing dengan pemain normal sewaktu zaman sekolah sejak berusia 12 tahun.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Liek Hou juara sulung badminton, sumbang emas kedua negara
BACA: "Bergenang air mata lihat Liek Hou terus berpeluk bersama Rashid" - Chong Wei
"Ketika itu ada sebilangan individu yang bergurau, main dengan atlet para pun kalah, inikan pula nak main dengan pemain normal, namun saya tak patah semangat kerana nak buktikan saya boleh berjaya," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas aksi final hari ini.
Selepas menempa banyak kejayaan termasuk bergelar juara dunia sebanyak enam kali, Liek Hou mengakui hampir berputus asa menjadi pemain badminton, apabila menyedari sukan berkenaan tidak dipertandingkan di Sukan Paralimpik.
Katanya, beliau sehinggakan terpaksa bekerja sebagai eksekutif pemasaran sekitar tahun 2015 dan hanya menjadikan badminton sebagai kerjaya sambilannya.
Namun, segalanya berubah bagi Liek Hou, apabila sukan popular di Malaysia itu buat kali pertama disenaraikan pada Paralimpik Tokyo.
Sehubungan itu, beliau mengambil keputusan untuk memberi tumpuan sepenuhnya untuk beraksi di Sukan Paralimpik, termasuk menjadikan legenda badminton tanah air Datuk Rashid Sidek sebagai jurulatihnya sejak 2019.
"Bayangkan ketika bekerja dahulu berat badan saya bertambah sehingga 92 kilogram (kg) namun selepas menyedari berpeluang untuk ke Paralimpik, saya kembali jalani rejim latihan sehingga berat badan menyusut sebanyak 20kg," tambahnya.
Liek Hou, yang mengalami 'Erb's Palsy' sehingga menyebabkan tangan kanannya lemah dan kurang stabil sejak dilahirkan berkata, penantian yang ditunggunya sejak sekalian lama bagi menyaksikan sukan badminton tersenarai dalam Sukan Paralimpik berbaloi, apabila dapat menghadiahkan emas buat negara.
Beliau seterusnya mendedikasikan emas ini untuk rakyat Malaysia khususnya Rashid, keluarga, bekas jurulatihnya dan rakan-rakannya.
Mengulas mengenai permainannya hari ini, beliau berkata kata-kata perangsang diberikan Rashid berjaya menenangkan dirinya, selepas mengakui gementar pada aksi separuh akhir pagi tadi.
"Jurulatih beritahu saya, lupakan aksi separuh akhir tadi, fokus untuk final kerana beliau percaya Dheva yang merupakan pemain pilihan pastinya akan berasa tertekan, dan hasilnya saya berjaya bermain dengan tenang dalam perlawanan akhir," katanya.
Terdahulu, pemain kelahiran Kuala Lumpur mengesahkan slot ke final apabila bangkit selepas tewas set pertama 15-21, kepada pemain Taiwan Fang Jen-Yu, untuk memenangi dua set berikutnya, 21-10, 21-16.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
Cheah Liek Hou membuktikan ejekan diterimanya satu masa dahulu, bukanlah penghalang baginya untuk melakar sejarah baharu dalam dunia sukan tanah air. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dulu diejek, sekarang juara Paralimpik
Juara badminton Sukan Paralimpik Tokyo Cheah Liek Hou membuktikan ejekan diterimanya satu masa dahulu, bukanlah penghalang baginya untuk melakar sejarah baharu dalam dunia sukan tanah air, hari ini.