ISTANBUL: Delegasi Malaysia ke Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki, hari ini, menggesa agar satu resolusi menyeluruh yang memfokuskan kepada penyelesaian isu di Palestin dapat disepakati.
Menurut Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh, ini termasuk mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
“Kita mesti gunakan sepenuhnya kuasa yang ada pada negara-negara terlibat dalam persidangan ini termasuk daripada kalangan ahli-ahli parlimen bagi mendesak PBB dan Majlis Keselamatan PBB bukan sekadar untuk meluluskan resolusi tetapi juga untuk menghantar tentera pengaman (ke Palestin).
“Ini kerana resolusi daripada Majlis Keselamatan PBB telah jelas mengatakan untuk hentikan peperangan dan berikan bantuan kemanusiaan, itu juga keputusan yang dicapai oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ),” tambahnya.
Selain itu, Ahli Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Ahmad Tarmizi Sulaiman menegaskan, persidangan ini diharapkan mampu mengukuhkan satu resolusi yang mampu menekan PBB untuk merealisasikan gencatan senjata segera dan kekal di Gaza.
Tambah Ahli Parlimen Sik itu, persidangan itu juga wajar menggesa PBB supaya mengimbangi peranan blok barat dalam Majlis Keselamatannya agar tidak terus menerus menjadi penghalang kepada proses pembentukan negara Palestin yang merdeka.
“Kita perlu melihat langkah yang ke hadapan bagaimana kesatuan ahli parlimen sedunia ini perlu bergerak bersama dengan komuniti antarabangsa bagi pembebasan dan kemerdekaan Palestin.
“Antara yang penting disebut oleh pelbagai delegasi seluruh dunia termasuk daripada ahli parlimen dan juga wakil negara disini bagaimana kita perlu segera mendesak PBB untuk merealisasi gencatan senjata yang perlu dilaksanakan segera di Gaza.
“Malah sekarang kita melihat bagaimana kuasa barat itu perlu diimbangkan untuk mereka tidak terus menjadi penghalang kepada proses kemerdekaan Palestin, ia dapat dilihat menerusi beberapa tindakan memveto beberapa resolusi sebelum ini,” tambahnya.
Terdahulu, persidangan yang berlangsung sehingga Ahad ini telah dirasmikan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat.
Ia antara lain melibatkan 600 ahli parlimen daripada 75 negara merentasi benua Asia, Eropah, Amerika Latin dan Afrika.
Delegasi Malaysia diketuai Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh bersama dua anggota kaukus termasuk Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.
Syafik Shukri Jalil
Sat Apr 27 2024
Delegasi Malaysia diketuai Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim (kiri) bersama anggota kaukus, Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi (kanan), selain Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman. - Astro AWANI
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Kejadian rompakan dilaporkan berlaku semasa banjir di Brazil
Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Porto Alegre, Rio Grande Do Sul, Brazil kini mengundang kepada berlakunya kejadian jenayah.
Penduduk Rumah Panjang harap sosio ekonomi meningkat
Dalam pada itu penduduk Rumah Panjang Nanga Engkuah yang ditemui Astro AWANI menzahirkan rasa syukur dengan pemilihan rumah panjang mereka sebagai Kampung Angkat Madani.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
Prosedur graf kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid baru-baru
Sidang DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta supaya kawalan keselamatan ketika sidang DUN yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Syarikat penerbangan boleh mulakan operasi antarabangsa di LTSIP
Kementerian Pengangkutan Mengalu-alukan syarikat penerbangan untuk mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
AWANI Ringkas: Imigresen, KDN kaji guna QR di pintu masuk negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki hilang ketika berkelah ditemui lemas di Lata Bayu
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama tiga rakannya di Lata Bayu, Asam Jawa, di sini ditemukan lemas.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.