BALING: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama tiga rakannya di Lata Bayu, Asam Jawa, di sini ditemukan lemas.
Mayat mangsa, Muhammad Luqman Zuraidi, 27, berasal dari Kampung Bakong Asam Jawa Mukim Pulai, ditemui di dasar sungai, jam 11 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada jam 8 malam tadi.
“Bapa mangsa memaklumkan, mangsa memberitahu rakannya dia ingin pergi mencari cacing untuk memancing ketika berkelah.
“Namun mangsa tidak kembali ke tempat mereka berkelah dan tiga rakan mangsa yang lain bertindak mencari namun gagal dan terus ke rumah mangsa memaklumkan kejadian kepada bapanya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Jelas Shamsudin, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan jam 7 pagi tadi oleh anggota bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan dibantu penduduk kampung.
Katanya, mayat mangsa ditemui tidak jauh dari kawasan dilaporkan hilang jam 11 pagi.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Adie Sufian Zulkefli
Mon May 13 2024
Anggota bomba yang menjalankan SAR menemui mayat mangsa di dasar sungai. - Gambar/ PDRM
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
Lelaki hilang ketika memukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas
Lelaki yang hilang dihanyutkan arus ketika memukat ikan di Sungai Tajar di sini, semalam ditemui lemas hari ini.
Anggota tentera lemas, seorang masih hilang di Hutan Royal Belum
Seorang anggota tentera ditemui lemas manakala seorang lagi masih hilang ketika mereka menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo / Foxtrot di kawasan Hutan Royal Belum.
Dua budak perempuan mandi kolam ditemukan lemas
Dua kanak-kanak perempuan ditemukan mati lemas ketika mandi di kolam di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, di sini pada Ahad.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang
Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.
Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.
Lagi kes budak lemas dalam parit di Tanjong Karang
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas dalam sebuah parit di Kampung Sungai Kajang Lama di sini pada Sabtu.
Wanita lemas ketika selam skuba di Pulau Tenggol
Seorang wanita ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti penyelaman di Pulau Tenggol, di sini, pada Sabtu.
Remaja lelaki lemas di Sungai Kampung Lata Pauh
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas di Sungai Kampung Lata Pauh, Kuala Krai, hari ini.