Jaringan Jeon Woo-young pada penghujung separuh masa kedua membantu Melaka United mengikat juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta''zim (JDT) di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Skuad Harimau Selatan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd Safiq Rahim pada minit ke-59, sebelum pemain import dari Korea Selatan itu menyamakan kedudukan pada minit ke-87 untuk membantu skuad Hang Tuah berkongsi satu mata dengan jiran selatannya.
Bagaimanapun, JDT masih gah di persada carta dengan 27 mata daripada 12 perlawanan setakat ini, diikuti oleh Pahang dengan 21 mata dan Kedah dengan 20 mata.
Sementara itu, Kelantan mengejutkan Pahang dengan kemenangan tipis 3-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Penyerang import dari Brazil, Alessandro Celin meletakkan skuad ''The Red Warriors'' di hadapan pada minit ke-17 sebelum rakan senegaranya, Matheus Alves menyamakan kedudukan bagi Pahang pada minit ke-69.
Tersentak dengan jaringan itu, Kelantan melakukan asakan sehingga mendapatkan gol menerusi pemain import dari Lubnan, Mohammad Ghaddar tiga minit kemudian namun, Alves sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-77 .
Mohammad Ghaddar muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan selang seminit kemudian untuk membawa pulang tiga mata berharga buat Kelantan.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team membenam Perak 3-0 sekali gus melonjak ke tangga ketujuh carta dengan 13 mata.
Skuad ''The Titans'' bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit kelapan menerusi pemain import dari Mali, Mamadou Samassa sebelum Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris dan pemain import dari Uzbekistan, Farhod Tadjiev masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-71 dan 75.
Pada satu-satunya aksi Liga Super esok, pasukan Pulau Pinang akan menentang Felda United di Stadium Negeri, Batu Kawan, manakala pada hari Selasa, Sarawak akan menerima kunjungan Selangor di Stadium Negeri, Kuching dan PKNS FC akan menentang Kedah di Stadium Shah Alam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017
Pemain JDT AGabriel Guerra (jersi biru) dikawal ketat oleh pemain Melaka pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi. - Foto Bernama
Lelaki Bangladesh mengaku bersalah tawar suapan kepada polis
Seorang lelaki Bangladesh dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah RM249 kepada anggota polis pada Januari lalu.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Tidak adil desak Hannah letak jawatan
Desakan bekas pemimpin DAP Pulau Pinang P. Ramasamy supaya Hannah Yeoh meletak jawatan bersifat tidak adil.
RM2 juta disalur kepada Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi
TBKK diwujudkan bagi membantu koperasi-koperasi yang terjejas dan menghadapi masalah khususnya akibat bencana alam atau faktor-faktor lain di luar kawalan.
[TERKINI] Tiga kereta rosak dihempap pokok
Tiga kereta rosak dihempap pokok ketika hujan lebat dan angin kencang di Apartmen Sri Kemboja, Bukit Sentosa.
SPRM dan peguam capai persetujuan tempoh
SPRM setuju membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad.
Bantahan pelajar pro-Palestin: Universiti Copenhagen akur, lepas 3 syarikat beroperasi di Tebing Barat
Universiti Copenhagen mengumumkan pada Selasa ia akan melepaskan tiga entiti komersial yang beroperasi di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu (AA).
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi pada pagi Rabu untuk pilihan raya umum 2024 negara itu.
PM Anwar mahu produk kewangan Islam jadi teras pembangunan ekonomi - Fahmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu produk kewangan Islam seperti sukuk dibangunkan supaya menjadi antara produk penting dan teras untuk pembangunan sektor ekonomi kewangan Islam.
Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok.
Karnival Sandakan gabung keunikan pelbagai etnik di Sabah
Penglibatan beberapa kaum etnik dalam Karnival Kaamatan sempena Pesta Kaamatan peringkat Daerah Sandakan 2024 menjadi landasan terbaik mengukuhkan perpaduan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.