awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: NSFC bangkit, tewaskan KL City 2-1

Bernama
Bernama
14/05/2023
21:15 MYT
Liga Super: NSFC bangkit, tewaskan KL City 2-1
Pemain NSFC Mohamad Hasbullah Abu Bakar (kanan) bersaing menanduk bola semasa menentang pemain KL City FC Romel Oswaldo Morales Ramirez (tiga, kiri) pada perlawanan Liga Super Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi. --fotoBERNAMA
SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) kembali mendapatkan rentak kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam tadi.
Kemenangan ini menyaksikan NSFC tampil dengan semangat baharu menamatkan kemarau kemenangan selepas mencatat dua keputusan seri menentang Perak FC dan Sabah FC serta tewas kepada Kedah Darul Aman (KDA FC) dalam saingan liga sebelum ini.
Pada perlawanan malam tadi, NSFC hampir meraih jaringan pertama menerusi sepakan Sean Eugene Selvaraj dari sebelah kiri pintu gol KL City pada minit ke-35 namun tersasar dari pintu gol lawan.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi agresif namun terikat seri tanpa jaringan setelah tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan intensiti permainan dengan beberapa percubaan dilakukan sebelum skuad kendalian K. Devan berjaya memecah kebuntuan menerusi kapten pasukan Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak kemas menanduk hantaran pemain gantian A. Selvan untuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-73.
Skuad kendalian Bojan Hodak kemudian menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian Zhafri Yahya yang menanduk masuk sepakan percuma Paulo Josue pada minit ke-84.
Pemain import dari Singapura Muhammad Safuwan Baharudin menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-87, sekali gus mengesahkan tiga mata penuh buat NSFC.
NSFC kekal di kedudukan kesembilan dengan 13 mata manakala KL City FC berada di tangga keenam dengan 15 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Negeri Sembilan FC
#Kuala Lumpur City FC
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan