KUALA LUMPUR: Penang FC berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk mengikat naib juara Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022, Kuala Lumpur (KL) City FC 2-2 pada aksi sulung Liga Super, walaupun beraksi dengan 10 pemain.
Aksi penuh dramatik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, bermula dengan jaringan sepakan percuma kapten pasukan skuad "The City Boys" Paulo Josue, yang menjadi pemain naturalisasi terbaharu, pada minit ke-14.
Skuad Harimau Kumbang kemudian hilang khidmat tonggak pertahanan mereka, apabila pengadil perlawanan Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah mengarahkan A Namathevan keluar padang pada minit ke-58 selepas menerima kad kuning kedua ke atas kekasarannya.
Josue, pemain kelahiran Brazil, menggunakan peluang itu untuk meningkatkan jurang menerusi rembatan pada minit ke-71.
Penang ternyata tidak rela untuk berputih mata, apabila merapatkan jurang menerusi Muhammad Hadin Azman pada minit ke-73, manakala penyerang import dari Brazil, Giovane Gomes melengkapkan hantaran lintang Faris Shah Rosli pada minit ke-85 untuk membawa pulang satu mata.
Sementara itu, Saddil Ramdani muncul wira buat pasukan Sabah FC untuk membenam pendatang baharu PDRM FC 4-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Pemain import dari Indonesia berusia 24 tahun itu, terdahulu meletakkan skuad Sang Badak di hadapan pada minit ke-13, sebelum melakukan hantaran lintang kepada pemain import dari Korea Selatan, Park Tae-soo, yang menanduk bola itu ke dalam gawang pada minit ke-37.
Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee terus menambah derita buat skuad Sang Saka Biru, apabila Saddil menjaringkan gol kedua peribadinya menerusi serangan balas pada minit ke-71, sebelum Stuart Wilkin melengkapkan kemenangan 4-0 pada masa kecederaan.
Derbi Utara di Stadium Perak pula, menyaksikan Kedah Darul Aman (KDA) FC mencatatkan kemenangan selesa 4-1 ke atas Perak FC, yang beraksi dengan sembilan pemain.
Skuad Bos Gaurus bermula garang menerusi jaringan minit keempat Mohamad Ikhwan Hafizo, namun Kedah berjaya menyamakan kedudukan menerusi Lee Tuck pada minit ke-21.
Skuad Sang Kenari terus menambah jaringan menerusi Willian Sousa pada minit ke-67, Muhammad Ariff Farhan (84) dan Jonathan Dos Reis (90) untuk kemenangan 4-1 itu.
Perak kehilangan dua pemain selepas pengadil Zulkarnain Zakaria melayangkan kad merah kepada tonggak pertahanan Ahmad Haziq Ahmad Puad pada minit ke-36 kerana mengasari Amirbek Juraboev dan pemain import, Sunday Afolabi pada minit ke-78 selepas mengasari Manuel Hidalgo.
Terdahulu, Kuching City berjaya memulakan debut saingan Liga Super dengan mengejutkan Kelantan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
![Liga Super: Penang bangkit ikat KL City 2-2 di Cheras Liga Super: Penang bangkit ikat KL City 2-2 di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677342721_TBligasuper.jpg)
Penang FC berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk mengikat naib juara Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022, Kuala Lumpur (KL) City FC 2-2 pada aksi sulung Liga Super, walaupun beraksi dengan 10 pemain. - Foto FB MFL
Jenayah: Dua lelaki didakwa sindiket Trojan Spymax
Dua lelaki rakyat Malaysia yang dilaporkan diektradisi ke Singapura, hari ini disyaki ahli satu sindiket penipuan antarabangsa dikenali sebagai Trojan Spymax.
Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan sekitar RM4.70-RM4.71 berbanding Dolar AS minggu depan, susulan tumpuan terhadap keputusan kadar faedah Bank Pusat Australia dan data ekonomi global.
Fasa penstabilan Bursa Malaysia berterusan minggu depan
Bursa Malaysia dijangka terus stabil minggu depan dengan FBM KLCI diniagakan antara 1,600-1,620. Pelabur mungkin mengurangkan dagangan sempena cuti Hari Raya Aidiladha.
Switzerland tewaskan Hungary 3-1 dalam aksi Kumpulan A
Switzerland tampil bergaya membuka kempen Euro 2024 setelah menewaskan Hungary dengan kemenangan 3-1 di Stadium Cologne pada Sabtu malam.
Ia sekaligus mungkin menjadi penentu untuk negara itu mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024.
Ia sekaligus mungkin menjadi penentu untuk negara itu mara ke peringkat seterusnya dalam saingan kumpulan Euro 2024.
Sidang kemuncak damai Ukraine di Switzerland: Penolakan terma gencatan Rusia
Sidang kemuncak di Switzerland membincangkan penyelesaian konflik Rusia-Ukraine. Pemimpin Itali dan Jerman menolak terma gencatan senjata Putin sebagai propaganda dan keamanan diktator.
Ribuan warga Israel banjiri jalan Tel Aviv, desak Netanyahu
Ribuan warga Israel membanjiri beberapa jalan di Tel Aviv pada Sabtu malam sebagai protes terhadap kekejaman Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Protes itu antara lain menuntut pilihanraya diadakan serta menuntut perjanjian pembebasan tebusan dan mengkritik kerajaan rejim itu dalam mengendalikan peperangan menentang Hamas.
Protes itu antara lain menuntut pilihanraya diadakan serta menuntut perjanjian pembebasan tebusan dan mengkritik kerajaan rejim itu dalam mengendalikan peperangan menentang Hamas.
Netanyahu ikrar tumpaskan Hamas, bawa pulang tebusan
PM Israel, Netanyahu, ikrar kekal dengan misi perang untuk tumpaskan Hamas dan bawa pulang tebusan, walau prospek gencatan senjata semakin kabur.
Kekejaman zionis: Qatar, Mesir rancang jumpa Hamas bincang gencatan senjata
Penasihat keselamatan White House, Jake Sullivan sahkan pengantara Qatar dan Mesir rancang untuk libatkan Pejuang Hamas bagi melihat sama ada terdapat cara meneruskan cadangan gencatan senjata Gaza yang ditawarkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
![GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718466313_shafieapdal.jpg)
GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.
![Sistem pendidikan KAFA perlu dinamik - TPM Fadillah Sistem pendidikan KAFA perlu dinamik - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717917584_FadillahYusof.jpg)
Sistem pendidikan KAFA perlu dinamik - TPM Fadillah
Peranan pendidikan KAFA sangat relevan dalam mendukung aspirasi pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan yang berakhlak tinggi.
![Gaji pemain Sabah cecah RM1.7 juta sebulan Gaji pemain Sabah cecah RM1.7 juta sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718259821_TBSabah.jpg)
Gaji pemain Sabah cecah RM1.7 juta sebulan
Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid, mendedahkan pasukan itu menanggung perbelanjaan gaji pemain secara keseluruhan mencecah RM1.7 juta sebulan.
![Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716882697_bolasepakKelantan.jpg)
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
![Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716875414_SSivasundaram.jpg)
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
![Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716845129_SuspekKekeceohan.jpg)
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
![Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716792744_JohanKamalHamidon.jpg)
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
![Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0 Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716737966_NoorAlDeenMahmoud.jpg)
Liga Super: Selangor kecewakan NSFC 4-0
Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super.
![Liga Super: JDT belasah KL City 5-1 Liga Super: JDT belasah KL City 5-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716672474_LigaSuper.jpg)
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
![Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716607932_NafuziZain.jpg)
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
![TFC di kedudukan teratas liga, benam Kelantan 3-0 TFC di kedudukan teratas liga, benam Kelantan 3-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716593099_ManuelGelitoOtt.jpg)
TFC di kedudukan teratas liga, benam Kelantan 3-0
Pasukan tuan rumah memperoleh jaringan pertama menerusi pemain import kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade pada minit ke-35.
![KDN FC mahu bermain secara terbuka, kurangkan kesilapan bertemu TFC KDN FC mahu bermain secara terbuka, kurangkan kesilapan bertemu TFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713539472_TBKelantanUFC.jpg)
KDN FC mahu bermain secara terbuka, kurangkan kesilapan bertemu TFC
Park Jaehong akan memastikan pemainnya bermain secara terbuka supaya jaringan dapat dilakukan ketika menentang TFC esok.