KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disifatkan sebagai yang paling mencabar kepada calon kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia merencatkan segala perancangan dan menyekat pergerakan manusia.

Jadual peperiksaan bukan sahaja dianjakkan malah pelajar terpaksa menjalani normal baharu, dengan mengadaptasikan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta menduduki peperiksaan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Mengimbas kembali, inilah cabaran yang dilalui mereka sebelum mendapat keputusan pada hari ini.