Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menyifatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai wajar dinobat sebagai ‘Menteri Kewangan Terbaik Dunia’.
Ini kerana, menurut Ketua Pemuda UMNO itu, Lim telah berjaya mengubah status Malaysia dari 'negara bankrap' kepada 'kewangan kukuh' dalam tempoh empat bulan sahaja.
Berucap di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Asyraf Wajdi berkata, tidak pernah dalam sejarah dunia sebuah negara berubah cemerlang hanya selepas empat bulan kerajaannya memegang kuasa.
"Sekejap (mereka) kata negara akan bankrap, tetapi baru empat bulan berkuasa, menteri itu sekali lagi mengubah kenyataan asal dan mendakwa ekonomi kembali kukuh.
"Pelik bin ajaib. Jampi serapah apa yang digunakan boleh merubah negara yang bankrap menjadi hebat dalam tempoh yang singkat?
"Itu tidak termasuk salah titik perpuluhan tatkala cuba menyalahkan kerajaan lama berkenaan angka baki tabung bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” katanya dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO.
Beliau merujuk kepada kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) ketika ini yang mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional sejak memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.
Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kenyataan demi kenyataan yang bercanggah dibuat antara satu sama lain oleh pemimpin PH menyebabkan rakyat merasa keliru.
Dakwanya, tindakan sedemikian mengurangkan keyakinan pelabur asing terhadap kedudukan kewangan negara.
Ujarnya lagi, bukan Lim seorang saja, tetapi menteri lain juga sering mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak wajar serta menunjukkan kelemahan ketara Kerajaan Persekutuan pimpinan PH.
“Ada menteri yang kononnya tunjuk prihatin kepada kos sara hidup nelayan. Setelah dia sendiri mansuhkan segala subsidi dan sara hidup bulanan, dicadangkan pula menanam nenas dan rambutan di belakang rumah bagi menambah pendapatan.
“Ada pula menteri yang bangga mendedahkan rahsia keselamatan dan pertahanan negara, kononnya hanya empat sahaja pesawat pejuang negara yang boleh terbang.
"Tetapi, pada sambutan Hari Kemerdekaan, kita dipersembahkan dengan lintas hormat puluhan jet-jet pejuang yang megah terbang,” katanya lagi.
Asyraf Wajdi berkata, akibat 'kementahan' menteri-menteri persekutuan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa mengambil keputusan untuk mengekalkan Majlis Penasihat Kerajaan pimpinan Tun Daim Zainuddin walaupun ia sepatutnya hanya untuk tempoh 100 hari.
Firdaus Azil
Sat Sep 29 2018
Asyraf Wajdi ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. --fotoBERNAMA
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.