awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim Guan Eng pertahan kenyataan berhubung isu tuntutan GST

Bernama
Bernama
09/08/2018
10:19 MYT
Lim Guan Eng pertahan kenyataan berhubung isu tuntutan GST
Lim ketika menggulung Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2018 berkata satu siasatan terbuka mengenai perkara itu dengan dipimpin oleh individu luar yang bebas dan berpengalaman bakal disyor kepada Perdana Menteri. - Gambar fail
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan kenyataannya berhubung RM18 bilion wang tuntutan cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah 'dirompak' kerajaan terdahulu.
Beliau kekal bertegas mengenai meskipun diasak beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam) yang memintanya menarik perkataan 'rompak' memandangkan siasatan masih berjalan.
Lim ketika menggulung Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2018 berkata satu siasatan terbuka mengenai perkara itu dengan dipimpin oleh individu luar yang bebas dan berpengalaman bakal disyor kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas selesai siasatan dalaman.
Katanya Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Dr Ismail Bakar dilantik mengetuai siasatan dalaman itu.
"Ini supaya rakyat boleh mengetahui tentang kebenaran kes ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
BACA: Khairy buat laporan polis berhubung kenyataan Guan Eng
Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Lim mendedahkan terdapat sejumlah RM19.4 bilion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lalu.
Katanya baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik hanyalah sekitar RM1.49 bilion sahaja menandakan ada kekurangan kira-kira RM18 bilion.
Dalam pada itu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan RUU Kastam berkenaan yang berbangkit daripada pelaksanaan sistem percukaian baharu iaitu Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Persidangan dewan itu turut meluluskan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018 selepas tiada anggota Dewan Rakyat berminat untuk membahaskannya.
Semalam, Dewan Rakyat meluluskan pemansuhan GST dan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 dan pada Selasa, RUU Cukai Jualan 2018 bagi memperkenalkan semula pelaksanaan SST.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#cukai
#Dewan Rakyat
#GST
#kastam
#Khairy Jamaluddin
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#siasatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan