awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim Kit Siang sihat setelah jalani pembedahan

Bernama
Bernama
18/01/2018
13:23 MYT
Lim Kit Siang sihat setelah jalani pembedahan
Disember lepas, Lim didiagnosis menghidap kanser tahap 1 dan telah berehat selama sebulan selepas menjalani rawatan dan pembedahan. - Gambar fail
Keadaan kesihatan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dilaporkan dalam keadaan baik setelah menjalani pembedahan susulan didiagnosis menghidap kanser tahap 1.
Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang mengesahkan perkara itu berkata Lim, 76, kini beransur sihat selepas pembedahan membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya.
Lim akan kembali aktif berpolitik akhir bulan ini, kata Liew.
"Beliau (Lim) sudah baik dan sihat sekarang, 27 Jan nanti beliau akan mula turun ke serata Johor," katanya kepada Bernama hari ini.
Disember lepas, Lim didiagnosis menghidap kanser tahap 1 dan telah berehat selama sebulan selepas menjalani rawatan dan pembedahan, kata Liew.
Keadaan kesihatan pemimpin pembangkang itu menjadi tanda tanya memandangkan beliau tidak menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan 2018 di Shah Alam, 7 Jan lepas dan senyap dari radar politik tanah air sehingga kini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buah pinggang
#DAP
#kanser
#kesihatan
#Liew Chin Tong
#Lim Kit Siang
#pembangkang
#Pembedahan
#tumor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan