awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima ahli curi kereta 'Geng Aho' tumpas

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2019
22:00 MYT
Lima ahli curi kereta 'Geng Aho' tumpas
Susulan penahanan tiga suspek, polis menyerbu sebuah hotel di Kajang sebelum menahan dua lagi lelaki berusia 30 dan 40 tahun. - Gambar hiasan
Geng Aho yang aktif mencuri kereta sejak Mac lalu tumpas selepas lima ahli kumpulan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bentong, Pahang dan Kajang, Selangor pada 13 dan 14 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, tangkapan dilakukan dalam operasi khas bermula 9 malam di Bentong dan berjaya memberkas tiga lelaki tempatan berusia 20 hingga 40 tahun.
Susulan penahanan tiga suspek, polis menyerbu sebuah hotel di Kajang sebelum menahan dua lagi lelaki berusia 30 dan 40 tahun.
Dengan penahanan lima suspek itu, polis berjaya menemui tujuh kenderaan pelbagai jenis yang hilang, antaranya Honda Civic, Perodua Myvi, Proton Wira, Honda Accord, Proton Saga, Honda CRV dan Proton Satria
"Jadi untuk makluman semua, kelima-lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan daripada jumlah tersebut suspek yang pertama daripada tiga orang tersebut mempunyai jumlah 27 rekod lampau dan masih lagi menjadi subjek yang dikehendaki atau pun dalam kata lainnya 'wanted person'.
"Dan daripada 27 kesalahan lampau, ini 20 adalah jenayah kekerasan meliputi harta benda dan judi serta tujuh lagi kes-kes melibatkan kesalahan akta dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, pada Selasa.
Jelas Risikin, pihaknya turut merampas buku cek, kad ‘Touch n Go’, ‘smart tag’ dan komputer riba.
Katanya, hasil soal siasat mendapati kumpulan ini mengaku terbabit mencuri kenderaan di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor.
Kenderaan curi berkenaan dijual pada harga lebih rendah kepada pembeli di kalangan rakan-rakan dan rangkaian suspek.
Menurutnya, semua suspek ditahan direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Orang ramai diingatkan untuk tidak membeli kenderaan tidak sah bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang.
Topic Berkaitan
#Bentong
#curi kereta
#Geng Aho
#Kajang
#Polis Daerah Subang Jaya
#wanted person
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan