awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima ahli Jawatankuasa Aduan SPRM dilantik bagi tempoh 2024-2027

Bernama
Bernama
02/12/2024
09:30 MYT
Lima ahli Jawatankuasa Aduan SPRM dilantik bagi tempoh 2024-2027
Pelantikan mereka yang dibuat secara pentadbiran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa hari ini.
PUTRAJAYA: Seramai lima ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terima watikah pelantikan bagi menganggotai panel badan pemantau bebas tersebut untuk tempoh 2024 hingga 2027.
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan mereka yang dibuat secara pentadbiran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa hari ini.
Mereka yang dilantik ialah Datuk Dr Ruziati Mior Ahamad Ariffin sebagai pengerusi, Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, Adrain Jerome Karuna Devan, Datuk Mohd Rabin Basir dan Datuk Dr Alauddin Sidal.
Menurut kenyataan SPRM, pelantikan ahli JKA sebagai pemantau bebas adalah selari dengan peruntukan Seksyen 15 Akta SPRM 2009 dan mereka berperanan memantau pengendalian aduan salah laku membabitkan pegawai SPRM yang tidak bersifat jenayah.
"Mereka yang dilantik ini terdiri daripada golongan profesional dalam pelbagai bidang dan ia merupakan satu penghormatan serta pengiktirafan terhadap kebolehan, kepakaran selain integriti yang dimiliki.
"SPRM berharap pelantikan itu mampu memperkasakan serta memantapkan jawatankuasa berkenaan dalam melaksanakan fungsinya, seterusnya membantu suruhanjaya ini dalam penambahbaikan sistem dan prosedur kerja," menurut kenyataan itu.
JKA merupakan satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM selain Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah serta Panel Penilaian Operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Aduan SPRM
#watikah pelantikan
#pelantikan
#Anwar Ibrahim
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan