INTERNATIONAL
Lima anggota tentera India terbunuh dalam serangan di Kashmir

Sekurang-kurangnya lima anggota tentera India terbunuh dalam satu serangan hendap di kawasan Poonch di Jammu dan Kashmir pada Khamis. - Gambar Twitter
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima anggota tentera India terbunuh dalam satu serangan hendap di kawasan Poonch di Jammu dan Kashmir pada Khamis.
"Hari ini... sebuah kenderaan tentera yang dalam perjalanan antara Bhimber Gali dan Poonch di Rajouri, telah ditembak oleh pengganas yang tidak dikenali...," menurut Tentera India dalam satu kenyataan.
Bom tangan kemungkinan digunakan dalam serangan itu yang turut menyebabkan kenderaan berkenaan terbakar.
Anggota tentera berkenaan bertugas di unit Rashtriya Rifles.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami