PORT DICKSON: Pesanan ibu supaya menjaga adik-adik dengan baik sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat positif COVID-19 masih terngiang-ngiang dalam ingatan, Muhammad Haidir Rodzi, 23.
Muhammad Haidir tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video itu merupakan amanat terakhir ibu kepadanya sebagai anak sulung untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik setelah ibu bapanya meninggal dunia akibat COVID-19.
Satu ujian berat buat lima beradik itu apabila ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lepas manakala ibunya Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ).
"Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhammad Haidir bersama-sama empat adiknya iaitu Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi berusia tujuh tahun kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.
Berkongsi lebih lanjut, Muhammad Haidir berkata bapanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lepas dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif keesokkan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin.
Namun, tanpa diduga, keluarga mereka menerima perkhabaran duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada 4.30 pagi keesokan harinya.
"Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital.
"Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang manakala ibu mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.
"Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat dari siapa?," katanya.
Muhammad Haidir berkata arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif COVID-19, pada keesokan harinya.
Katanya, mereka adik-beradik juga didapati positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simpton yang teruk dan kini telah sembuh daripada jangkitan itu.
Menjadikan kisah keluarganya sebagai contoh, Muhammad Haidir mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dan tidak memandang remeh terhadap penularan wabak COVID-19 yang boleh meragut nyawa insan tersayang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
Ayah lima beradik itu, Rodzi Tahar (kiri) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei manakala ibu mereka, Nazita Idris (kanan) meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja'afar. - BERNAMA
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya ikhlas pemergian Firdaus.. Dia wira negara, wira anak-anak Sungai Nibong' - Bapa
"Terima kasih kerana masih sayangkan keluarga saya, masih sayangkan anak saya. Saya ikhlas, demi Allah saya ikhlas pemergian beliau."
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Tembakan di KLIA: Suami sudah sedar, tanya mengenai keluarga
Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, baru-baru ini sudah sedarkan diri.
Gaza: Bekalan elektrik terputus, tiga pesakit di Hospital Nasser meninggal dunia
Tiga pesakit yang dirawat di ICU Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza, meninggal dunia pagi ini akibat gangguan bekalan elektrik.
292 projek pembangunan, empat berimpak tinggi, beri manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan
Sebanyak 79 daripadanya telah disiapkan sepenuhnya termasuk empat projek fizikal berimpak tinggi sekali gus memanfaatkan masyarakat.
Madonna dedah koma 48 jam selepas jatuh, dakwa terdengar suara
Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya.
COVID-19: Kes meningkat kepada 6,796 pada ME48/2023
Kes COVID-19 dalam negara meningkat kepada 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48/2023) iaitu dari 26 Nov hingga 2 Dis lepas berbanding 3,626 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
'Masa itu nampak putih saja' - Nora Ariffin cerita detik bertarung nyawa di ICU
Kata Nora, dia lebih menghargai kehidupan dan bertindak lebih tepat sekiranya berlaku kecemasan seumpama itu.
Suhaimi Saad ditidurkan di ICU
Mohd Syahril yang menziarah Suhaimi pada Sabtu lalu memberitahu, keadaan penyanyi itu kurang baik dan sedang ditidurkan.
Waspada 'bom jangka' ketika bersukan
Aktiviti sukan berkait rapat dengan tahap kesihatan, namun tanpa ilmu ia boleh menjadi 'bom jangka' yang mengundang risiko sehingga mengakibatkan kecederaan serius.
Penyanyi Nora dirawat di ICU akibat sesak nafas
Difahamkan Nora dimasukkan ke ICU berkenaan pada Ahad lalu.
Bayi lelaki kritikal akibat pendarahan di kepala
Seorang bayi lelaki berusia setahun sembilan hari kritikal akibat pendarahan di kepala selepas didakwa tidak sedarkan diri ketika berada di sebuah taska di Melaka.