Lima beranak 'terperangkap' hampir 20 jam di kebun pisang di Kampung Dato' Ibrahim Majid, Simpang Renggam, kerana tidak menyedari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu, yang bermula tengah malam tadi.
Nur'Ain Shafiqah Mas'odin, 26, berkata semasa arahan PKPD dikeluarkan, mereka sekeluarga yang tinggal di Kampung Permatang Sepam, Benut, Pontian, tidak mengetahuinya kerana semua sudah berada di kebun pisang yang terletak di hujung kampung terbabit.
Menurut Nur'Ain Shafiqah, bapanya Mas'odin Supian dan adik Kamarul Afiq, telah ke kebun yang terletak lima kilometer dari tempat tinggal sejak pagi, untuk memungut hasil sebelum dia bersama ibunya Indawati Salbani tiba di situ kira-kira pukul 5 petang, untuk menghantar makanan.
"Disebabkan kami sekeluarga ini berpuasa semalam, kami termasuk seorang lagi adik, Nur'Ain Nabiha, 22, yang datang sendirian merancang untuk berbuka puasa bersama-sama di sebuah pondok di kebun pisang ini," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Jumaat.
Selepas berbuka puasa, Nur'Ain Shafiqah dan ibunya bercadang untuk pulang, manakala bapa dan dua lagi adiknya akan menyusul selepas selesai memunggah hasil tanaman.
Bagaimanapun, dalam perjalanan, mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan diminta berpatah balik, kerana PKPD telah dikuatkuasakan di Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid.
"Kami terpaksa berpatah balik dan memberitahu ayah. Ayah menghubungi ketua kampung untuk memaklumkannya. Kami sekeluarga diminta tunggu serta bermalam di pondok di kebun pisang, sebelum bantuan susulan diberikan.
"Alhamdulillah...setelah hampir 20 jam berada di pondok ini, kira-kira pukul 1 petang tadi, kami dibenarkan keluar dari pondok oleh anggota Rela yang bertugas, dan ditempatkan sementara selama 14 hari di Balai Raya Kampung Ibrahim Majid, disebabkan kami bukan penduduk asal kampung ini," katanya.
Semalam, dua kawasan di Simpang Renggam itu dikenakan arahan PKPD selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.
PKPD berkenaan melibatkan seramai 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 27 2020
Semalam, dua kawasan di Simpang Renggam itu dikenakan arahan PKPD selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19. - Gambar fail
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.