awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima ditahan, 765 kilogram daun ketum dirampas dalam serbuan di Machang

Wanna Abd Rahim
Wanna Abd Rahim
31/08/2022
04:34 MYT
Lima ditahan, 765 kilogram daun ketum dirampas dalam serbuan di Machang
Siasatan awal mendapati daun ketum itu diperolehi daripada seorang lelaki di Jeli yang kemudiannya dibeli daripada pembekal di Kedah. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Polis menahan lima lelaki dan turut merampas 765 kilogram daun ketum yang bernilai RM10,000 dalam serbuan di Machang, pada Ahad.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mereka yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 31 tahun, menerusi serbuan di sebuah pondok di Kampung Simpol Belubang.
“Siasatan awal mendapati daun ketum itu diperolehi daripada seorang lelaki di Jeli yang kemudiannya dibeli daripada pembekal di Kedah.
“Kita mengesyaki pondok itu merupakan tempat transit sebelum daun ketum dihantar kepada pembeli di Pasir Puteh dan bekalan daun ketum itu disyaki untuk pasaran Kelantan,” katanya pada sidang media selepas majlis Sambutan Ambang Merdeka, Kontinjen Polis Kelantan di sini, malam tadi.
Polis menahan lima lelaki dan turut merampas 765 kilogram daun ketum yang bernilai RM10,000 dalam serbuan di Machang, pada Ahad. - Foto Astro AWANI
Polis menahan lima lelaki dan turut merampas 765 kilogram daun ketum yang bernilai RM10,000 dalam serbuan di Machang, pada Ahad. - Foto Astro AWANI
Muhamad Zaki berkata, kelima-lima mereka merupakan warga tempatan dan empat daripadanya positif dadah jenis methamphetamine. Manakala, tiga daripada mereka turut memiliki rekod jenayah lampau.
Muhamad Zaki berkata kelima-lima mereka direman empat hari bagi membantu siasatan polis berhubung kes itu.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, pihak polis Kelantan turut menjalankan operasi narkotik dan Ops Rempit pada malam sambutan kemerdekaan.
Ianya bagi memastikan anak muda tidak mengambil kesempatan melakukan aktiviti tidak sihat pada malam kemerdekaan.
Topic Berkaitan
#rampasan ketum
#Ketua Polis Kelantan
#edar ketum
#machang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan