NATIONAL
Lima graduan UiTM dalam perjalanan ke majlis konvokesyen terlibat nahas
KUALA LUMPUR: Hasrat lima graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menghadiri majlis konvokesyen tidak kesampaian apabila terlibat nahas di Kilometer 396 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Ulu Bernam, awal pagi ini.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Noor Azam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

"Akibat kemalangan tersebut seorang daripada mereka tersepit di bahagian hadapan dan mengalami kecederaan parah.
"Manakala empat lagi rakan mangsa pula mengalami kecederaaan ringan dan kesemua mereka telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami