awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan

Bernama
Bernama
22/03/2023
15:21 MYT
Lima individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan
Kesemua lima mangsa tersebut berjaya dikeluarkan daripada kenderaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Foto JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Lima individu nyaris maut selepas dua pokok tumbang menghempap dua kereta akibat hujan lebat dan ribut berhampiran susur keluar Jalan Ipoh ke Rawang, Selangor, petang tadi.
Lima mangsa warga tempatan itu terdiri daripada tiga lelaki masing-masing berumur 12, 15 dan 48 tahun serta dua wanita berusia 44 dan 48 tahun.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat berkata kesemua lima mangsa tersebut berjaya dikeluarkan daripada kenderaan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.07 petang tadi dan mendapati dua pokok tumbang di lokasi kejadian.
"Sebuah kereta jenis Perodua Alza di dalamnya ada tiga penumpang, manakala sebuah lagi kereta jenis Honda CRV terdapat dua penumpang terperangkap dan bomba mengambil masa 10 minit bagi membantu mengeluarkan kesemua mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya bomba juga menerima laporan beberapa pokok tumbang pada 6.15 petang tadi di Jalan Hang Lekir, Kuala Kubu Bharu, dekat sini yang menghalang laluan kenderaan.
"Bomba mengambil masa 20 minit bagi mengalihkan dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan tersebut dan tiada mangsa terlibat dilaporkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Perodua
#Pokok tumbang
#kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan