awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima individu pandu melulu, berbahaya ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan

Bernama
Bernama
01/06/2025
13:00 MYT
Lima individu pandu melulu, berbahaya ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan
Antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu, lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, ubah suai struktur kenderaan dan gagal berhenti ketika pemeriksaan. - Foto Facebook Polis Melaka
MELAKA: Lima individu memandu secara melulu dan berbahaya ditahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini semalam.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata selain itu, seorang individu turut ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 108(f)(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamer nombor pendaftaran palsu.
Beliau berkata 26 motosikal turut disita manakala 174 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya.
"Sebanyak 161 kenderaan dan 181 individu diperiksa dalam operasi bermula 11.30 malam semalam hingga 9 pagi tadi melibatkan 50 anggota serta pegawai polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka.
"Antara kesalahan dikesan ialah tiada lesen memandu, lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, ubah suai struktur kenderaan dan gagal berhenti ketika pemeriksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata saringan air kencing dilakukan terhadap 14 individu, namun kesemua mereka didapati negatif terhadap dadah.
Sehubungan dengan itu, Dzulkhairi menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
Operasi Samseng Jalanan, katanya akan dilaksanakan lebih giat bagi membendung aktiviti samseng jalanan daripada terus berleluasa dan menjejas ketenteraman awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#individu ditahan
#pandu melulu
#Operasi Bersepadu Samseng Jalanan
#Lebuh Sungai Udang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan