SEREMBAN: Seramai 25 penduduk daripada lima keluarga Kampung Orang Asli Sungai Raya di sini terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang, malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata ia berikutan hujan lebat sejak malam tadi yang turut mengakibatkan bekalan elektrik di kampung terbabit terputus.
"Ketika ini belum ada sambungan elektrik dan kerja mengalihkan tanah dan pokok tumbang masih dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan anggota kita masih melakukan pemantauan di sekitar kampung berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Komunikasi Korporat Kumpulan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan, berkata bekalan elektrik di kawasan terjejas telah dihentikan demi keselamatan orang awam.
"TNB sedang bekerjasama dengan APM Negeri Sembilan kerana kerja-kerja mengalihkan tanah dan pokok tumbang masih dilakukan di sekitar kawasan kejadian.
"Kerja-kerja baik pulih aset dan sambungan bekalan elektrik akan dilaksanakan sejurus kerja-kerja pembersihan selesai dan disahkan selamat oleh pihak berkuasa," katanya.
Dalam pada itu, mengenai kejadian berasingan, Mohd Nazri berkata, APM turut memindahkan 60 pelajar dan guru di beberapa sekolah di Port Dickson ke Pekan Linggi dan Masjid Permatang Pasir pada kira-kira 11 pagi tadi, selepas jalan raya di kawasan tersebut dinaiki air akibat banjir kilat.
Beliau berkata keadaan itu menyebabkan ibu bapa tidak dapat menjemput anak mereka di sekolah yang ditutup awal bagi persediaan banjir sekiranya keadaan cuaca semakin teruk.
"Ketika ini hujan telah reda dan cuaca semakin cerah," katanya.
Bernama
Thu Nov 17 2022

Insiden terjadi berikutan hujan lebat sejak malam tadi yang turut mengakibatkan bekalan elektrik di kampung terbabit terputus. - Gambar hiasan

Thaipusam: Beberapa jalan di sekitar P.Pinang ditutup untuk perarakan pedati mulai Sabtu
Beberapa jalan di sekitar bandar raya George Town akan ditutup mulai pukul 6.30 pagi Sabtu ini, hingga pukul 7 petang pada 6 Feb.

PayPal berhentikan 2,000 kakitangan berikutan kelembapan makroekonomi
Syarikat perkhidmatan kewangan PayPal dilaporkan akan mengurangkan 2,000 kakitangan di seluruh dunia selepas berdepan dengan kelembapan makroekonomi sekaligus memberi kesan kepada perniagaan firma itu

15 motosikal hangus
Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan parkir Flat Tuna, Jalan Seberang Jaya pada Khamis.

Serangan Nekad | Suspek kes letupan bom di masjid Pakistan ditahan
Beberapa suspek ditahan polis, dipercayai ada kaitan dengan kes pengebom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid dekat Pakistan. Polis kini sedang menyiasat kemungkinan pengebom itu mempunyai bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Ekonomi AS | The Fed naikkan kadar faedah kecil, kenaikan berterusan
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) melanjutkan perjuangannya menentang inflasi dengan menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak suku mata, kenaikan kelapan sejak Mac 2022. FED turut memberi isyarat walapun inflasi semakin berkurangan, ia masih cukup tinggi untuk memerlukan kenaikan kadar faedah selanjutnya.

COVID-19 | Draf global tekankan ekuiti, elak kegagalan COVID berulang
Menurut draf awal perjanjian pandemik global yang disemak Reuters, ia termasuk langkah untuk menempah 20 peratus daripada ujian saringan, vaksin atau rawatan yang dibangunkan agar ia digunakan di negara-negara berpendapatan rendah.

Hina Islam | Insiden bakar al-Quran, OIC tuntut tindak balas tegas
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menuntut 'tindak balas yang tegas' terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini. Blok Islam itu menyuarakan pendirian bersama terhadap penghinaan al-Quran baru-baru ini dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan di Jeddah, Arab Saudi.

COVID-19 | 325 kes baharu, tiada kematian dilaporkan
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada bawah 500 kes untuk 25 hari berturut-turut. Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Rabu naik kepada 325 berbanding 251 kes yang dicatatkan hari sebelumnya dan daripada jumlah itu, 2 adalah kes import.

Jenayah | Alec Baldwin didakwa secara rasmi tembak mati kru filem
Pelakon, Alec Baldwin secara rasmi didakwa pada Selasa atas tuduhan membunuh tanpa sengaja seorang ahli sinematografi di set filem 'Rust' pada Oktober 2021. Halyna Hutchins meninggal dunia ketika penggambaran filem itu' di Santa Fe, New Mexico selepas Baldwin melepaskan tembakan daripada pistol prop semasa latihan diadakan.

Krisis Myanmar | Junta umum lanjut tempoh darurat enam bulan
Junta Myanmar melanjutkan tempoh darurat negara itu selama enam bulan lagi. Perkara itu diumumkan dalam televisyen tempatan oleh pemimpin junta, Jeneral Min Aung Hlaing dalam pertemuan dengan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara (NDSC). Beliau turut berkata pilihan raya berbilang parti mesti diadakan 'mengikut kehendak rakyat'.

"Gajah kopak dinding, tarik keluar tilam lalu memakannya" - Orang Asli Pos Brooke
Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke, Gua Musang mendakwa gajah liar yang berkeliaran berhampiran penempatan itu semakin berani datang hampir ke kediaman penduduk.

Unit Udara Bomba bantu wanita Orang Asli hamil ke hospital
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang wanita hamil yang mengalami komplikasi dari Kampung Orang Asli Peroh.

Unit Udara Bomba hantar 25 tan bekalan makanan kepada Orang Asli
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menamatkan penugasan penghantaran 25 tan bekalan makanan ke 13 perkampungan dan Pos Orang Asli yang bermula Jumaat lepas.

Banjir Johor: Lebih 2,000 pekerja ladang, Orang Asli 'terputus hubungan'
Lebih 2,000 pekerja ladang dan penduduk di perkampungan Orang Asli di Kahang, dekat sini, 'terputus hubungan' akibat jalan penghubung ke kawasan berkenaan ditenggelami air akibat banjir, hari ini.

Bomba hantar 25 tan bekalan makanan kepada Orang Asli
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan misi menghantar 25 tan bekalan makanan ke enam pos Orang Asli di Gua Musang bermula semalam.

Beruang kutub baham dua beranak di Alaska
Beruang kutub tersebut ditembak hingga mati ketika ia menyerang kedua-dua mangsa.

Kelantan salur bekalan makanan kepada Orang Asli terjejas monsun
11 kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan untuk menghantar bekalan makanan.

Medevac bantu lelaki Orang Asli pengsan ke hospital
Rizal Aga, dari suku kaum Temiar, mengalami demam panas sehingga menyebabkan badannya lemah serta tidak bermaya dan menggigil.

MCMC tangani isu capaian internet Orang Asli di Pos Bihai dan Pos Balar
Isu gangguan perkhidmatan telekomunikasi di Pos Balar, berpunca daripada gangguan bekalan elektrik akibat generator pada menara telekomunikasi telah kehabisan minyak diesel.

Tiga Pos Orang Asli di Gua Musang bimbang ancaman gajah liar sejak minggu lepas
Lebih 2,000 penduduk penempatan masyarakat Orang Asli di Pos Belatim, Pos Bihai dan Pos Gob berdepan detik cemas apabila penempatan mereka diancam haiwan liar itu sejak minggu lepas.