awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima keutamaan kerajaan pada 2021, pacu pemulihan negara pasca COVID-19

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
31/12/2020
13:30 MYT
Lima keutamaan kerajaan pada 2021, pacu pemulihan negara pasca COVID-19
Tumpuan diberi terhadap sektor kesihatan awam, ekonomi, kestabilan politik, kedaulatan negara dan memperkukuh hubungan antara kaum. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan menggariskan lima keutamaan dalam usaha pemulihan negara pasca COVID-19 pada tahun 2021 dalam satu strategi bersepadu, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, tumpuan diberi terhadap sektor kesihatan awam, ekonomi, kestabilan politik, kedaulatan negara dan memperkukuh hubungan antara kaum.
"Pertama, mempertingkatkan tahap kesihatan awam melalui perolehan bekalan vaksin COVID-19 dan melancarkan program vaksinasi di seluruh negara.
"Kedua, memperkukuh ekonomi prihatin rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca COVID-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)
"Ketiga, memastikan kestabilan politik dan kerajaan termasuk tadbir urus yang baik sebagai asas kepada pemulihan ekonomi yang mampan," katanya dalam Perutusan Sempena Tahun 2021, malam ini.
Beliau berkata, selain itu tumpuan diberi untuk menjamin kedaulatan negara terpelihara dan kedudukan Malaysia di persada antarabangsa diperhebat.
Katanya, kerajaan juga akan memperkukuh hubungan antara kaum dan agama dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu menentang sebarang ancaman.
"Lima keutamaan ini adalah selari dengan visi jangka panjang kerajaan seperti yang terangkum dalam dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).
"Jika kita berusaha dengan lebih gigih hari ini dalam memulihkan ekonomi negara, saya pasti hasrat WKB 2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus maju seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan akan tercapai dengan jayanya menjelang tahun 2030," katanya.
Tambah beliau, lima keutamaan dalam strategi bersepadu ini diharap dapat membantu memulihkan situasi negara secepat mungkin.
"Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengunjurkan tempoh masa selama empat hingga lima tahun diperlukan dalam usaha dunia mengawal COVID-19 dengan efektif.
Perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena #TahunBaharu2021
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#politik
#ekonomi
#kerajaan
#kesihatan
#COVID-19
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan