awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima klinik kesihatan sedang dibina di Sarawak

Bernama
Bernama
29/03/2023
09:00 MYT
Lima klinik kesihatan sedang dibina di Sarawak
Lukanisman Awang Sauni berkata kelima-lima pembinaan klinik itu adalah di Lubok Antu, Julau, Serian, Lawas dan Daro, Sarawak. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Lima klinik kesihatan kini dalam proses pembinaan di Sarawak bagi memberi akses perkhidmatan kesihatan kepada komuniti pedalaman dan luar bandar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata kelima-lima pembinaan klinik itu adalah di Lubok Antu, Julau, Serian, Lawas dan Daro, Sarawak.
"Selain itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 16 buah lokasi termasuk daerah-daerah di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai perkhidmatan klinik kesihatan dan bergantung kepada jabatan pesakit luar.
"Keperluan klinik-klinik ini kita berikan tumpuan khusus dan kita berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga selaku Menteri Kewangan akan meneruskan peruntukan khusus bagi meningkatkan serta menaik taraf fasiliti klinik di pedalaman dan juga di luar bandar," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ali Biju (PN-Saratok) mengenai usaha kementerian mengatasi isu kekurangan klinik kesihatan luar bandar di Sabah dan Sarawak supaya rakyat mendapat akses rawatan kesihatan yang sewajarnya pada sesi soal jawab, hari ini.
Sementara itu, Lukanisman berkata dalam usaha untuk menarik lebih ramai pegawai perubatan untuk berkhidmat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, kementerian merancang untuk menyediakan sekurang-kurangnya penempatan atau kuaters yang bersesuaian untuk mereka.
"Selain itu, kita sedang berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri berkenaan agar kerajaan negeri juga membantu dari sudut penyediaan infrastruktur dengan sedikit 'perks' (insentif) kepada para doktor yang mahu berkhidmat di luar bandar," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan tambahan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) tentang inisiatif dilakukan kerajaan bagi meningkatkan bilangan pegawai perubatan yang berkhidmat di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kesihatan
#pegawai perubatan
#luar bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan