KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.
Ia melibatkan dua kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan komuniti, dan satu kluster import.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti berikut:
1. KLUSTER SUNGAI PUTEH
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312147) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Bukit Puteh, Sungai Puteh, Lembah Jaya Utara, Hulu Langat.
Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.
2. KLUSTER DAGANG PERMAI
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pengawalpengawal keselamatan dan pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Taman Dagang Permai, Ampang, Hulu Langat.
Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 135 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER PARIT PENYENGAT DARAT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak di Parit Penyengat Darat, Muar.
Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 317 individu telah disaring, di mana 124 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER PONA
Kluster import ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.
Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan sebelum ke luar negara.
Kluster ini melibatkan krew-krew sebuah kapal kargo yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Bahru pada 6 Mac 2021.
Kapal kargo ini mempunyai sejarah perjalanan dari Surabaya, Indonesia.
Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER MELOR
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Pusa di Sarawak.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-298181) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan keskes yang dilaporkan berlaku iaitu di Lorong Melor, Kampung Tengah Beladin, Pusa.
Sehingga 10 Mac 2021, sejumlah 335 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Astro Awani
Wed Mar 10 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Mangsa yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.
Lebih 10,000 penyakit bawaan air dikesan di 6 negeri terjejas banjir - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10,272 penyakit bawaan air di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak setakat semalam.
MA pukul doktor: KKM serah panel bebas, JKN Perak diarah siasat semula - Dr Dzulkefly
KKM menyerahkan kepada Pasukan Petugas Khas bebas untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kes pembantu pegawai perubatan memukul doktor yang berlaku di Hospital Gerik, Perak.
Banjir: Pengendali PPS diingat jaga kualiti makanan, elak keracunan - Dzulkefly
KKM mengingatkan pengendali pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir supaya memastikan kualiti makanan terjaga bagi mengelakkan sebarang kes keracunan makanan akibat makanan tercemar.
KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan kos perubatan - Lukanisman
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji pembangunan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan dalam perawatan hospital seluruh negara sebagai usaha menangani kenaikan kos perubatan.
SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururawat esok
Pertemuan esok akan melibatkan lima kesatuan jururawat yang telah menyatakan kesediaan berkongsi pandangan berhubung pelaksanaan arahan baharu.
Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.