awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima lelaki didakwa culik jurujual dapatkan wang tebusan RM1.12 juta

Bernama
Bernama
17/05/2023
09:23 MYT
Lima lelaki didakwa culik jurujual dapatkan wang tebusan RM1.12 juta
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menculik seorang jurujual bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM1.12 juta, bulan lepas.
Suhaimi Mat Zin, 41, Wong Guo Song, 33, Yong Zi Hui, 25, Zulkarnain Ramli, 46, dan Muhammad Azam Hatan, 32, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa bersama-sama dengan individu lain yang masih bebas telah didapati menahan, menculik dan mengurung Lau Jia Kin, 39, untuk mendapatkan wang tebusan berjumlah RM1.12 juta di Jalan Mesra Ria, Bandar Sri Petaling di sini pada 10.30 malam, 29 April lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Empat tertuduh iaitu Suhaimi, Wong, Yong dan Zulkarnain masing-masing diwakili peguam Muhammad Ashraff Mohd Diah, Azinuddin Karim, Izzati Yaacop dan Tharamjit Singh manakala Muhammad Azam tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sareeka Balakrishnan.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Julai untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik jurujual
#Suhaimi Mat Zin
#Wong Guo Song
#Lau Jia Kin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan