awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan awal tahun satu wajar, laluan khas pelajar bersedia
Dua keluarga dipindahkan, empat hektar tanah gambut terbakar
'Alhamdulillah' - PM sambut positif pengukuhan ringgit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima lelaki ditahan, polis selesai lima kes curi motosikal di Kota Bharu

Bernama
Bernama
06/12/2025
04:15 MYT
Lima lelaki ditahan, polis selesai lima kes curi motosikal di Kota Bharu
Dua daripada lima lelaki yang ditahan selepas polis melancarkan operasi khas Op Lejang pada Jumaat. - Foto PDRM/Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata tangkapan itu merupakan hasil pelaksanaan Op Lejang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Balai Polis Kota Bharu dan Balai Polis Binjai.
Beliau berkata laporan pertama diterima pada 6 Ogos daripada seorang lelaki berusia 50-an yang melaporkan motosikalnya dicuri di hadapan rumah di Kampung Lubuk Pukul, di sini.
"Laporan kedua dibuat pada 5 Sept lalu oleh lelaki berusia 20-an yang kehilangan motosikal di hadapan rumahnya di Padang Kiat, Sering. Kes ketiga diterima pada 23 Nov lalu melibatkan seorang lelaki berusia 40-an yang mendapati motosikalnya hilang di kawasan letak motosikal PPR Kota Bharu, Jalan Kelachor. Ketiga-tiga kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Mohd Rosdi berkata kesemua suspek ditahan semalam dan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta direman selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan.
Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan lanjut, termasuk kemungkinan wujud penglibatan rakan subahat atau kaitan dengan kes-kes lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi motosikal
#Kota Bharu
#Mohd Rosdi Daud
#Op Lejang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan