awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima lelaki menyamar polis ditahan di George Town dan Ampang

Bernama
Bernama
02/11/2016
13:03 MYT
Lima lelaki menyamar polis ditahan di George Town dan Ampang
Menurut Mior, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Persona, telefon bimbit dan 30 peluru .38. - Gambar fail
Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan kes seorang peniaga diperas ugut sehingga RM20,000 oleh sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis di parkir sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma, di sini 25 Oktober lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata tiga lelaki ditahan di George Town manakala dua lagi ditahan di Ampang, Selangor Isnin lepas.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, tiga lelaki, seorang daripadanya memperkenalkan diri sebagai pegawai polis menghampiri peniaga berusia 53 tahun tersebut di tempat letak kereta di pusat membeli belah berkenaan.
"Mereka mendakwa peniaga berkenaan dikehendaki polis bersabit satu kes komersial di Sarawak dan membawanya masuk ke dalam sebuah kereta jenis Proton Gen-2," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata semasa di dalam kereta mereka menggari tangan lelaki itu dan meminta wang sebanyak RM30,000 kononnya bagi menyelesaikan kes peniaga itu.
Mior Faridalathrash berkata lelaki itu dibawa sehingga ke Kuala Kangsar, Perak sebelum mereka berpatah balik ke pejabat mangsa di George Town selepas peniaga berkenaan bersetuju menyerahkan RM20,000 kepada tiga lelaki terbabit.
Beliau berkata peniaga berkenaan dihantar semula ke tempat letak kereta pusat membeli belah itu selepas mereka mendapat wang tersebut.
Susulan penahanan lima lelaki berusia 23 hingga 58 tahun itu, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Persona, telefon bimbit dan 30 peluru .38.
Mior Faridalatrash berkata seorang daripada yang ditahan itu adalah bekas sukarelawan polis di Hulu Klang, Selangor, tiga lagi mempunyai rekod jenayah berkaitan kes curi motosikal dan dadah manakala seorang lagi tidak mempunyai rekod jenayah.
Kesemua mereka direman sehingga 6 November.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menyamar polis
#Mior Faridalathrash
#PDRM
#peras ugut
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan