KOTA BHARU: Lima pakej dalam Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sedang dalam pembinaan manakala dua pakej lagi sudah siap sepenuhnya, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor.
Beliau berkata projek pembinaan sepanjang 66.88 kilometer (km) yang dipecahkan kepada tujuh pakej itu, menelan kos RM2.33 bilion.
"Pakej 1B iaitu Pasir Hor ke Kadok dan Pakej 2A iaitu Kadok ke Ketereh sudah siap sepenuhnya dan telah digunakan.
"Sementara Pakej 2B iaitu Ketereh ke Kok Lanas masih dalam peringkat pembinaan dan kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda iaitu RM30,000 sehari," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, hari ini.
Bagaimanapun, Azami berkata Jabatan Kerja Raya sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor yang terlibat
"Bagi pakej 3B iaitu dari Kampung Berangan Mek Nab ke Kampung Keruh ia dahulunya merupakan pakej lebuh raya rakyat membabitkan 10 km dan sudah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.
"Kerajaan pusat sudah bersetuju mengambil alih pembinaan namun tanpa hutang. Kita berhutang sebanyak RM60 juta dan kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang," katanya.
Menurutnya bagi pakej 2C (Kok Lanas-Machang) dan 3A (Machang ke Bukit Tiu) pula dijangka siap pada 5 Mac 2026 kerana mengalami kelewatan 44 peratus daripada tempoh yang ditetapkan.
"Bagi pakej 3C dari Kampung Keruh ke Kuala Krai pula kemajuan kerja bagi pakej ini adalah 6.23 peratus dan dijangka siap pada 26 Dis 2025," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023
Projek pembinaan sepanjang 66.88 kilometer (km) yang dipecahkan kepada tujuh pakej itu, menelan kos RM2.33 bilion. - Gambar/ FB Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal
Hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang.
Badut belon didakwa rogol, cabul remaja
Seorang badut belon dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan November tahun lalu.
Jalan di Gua Musang digenangi air, terputus hubungan
Hujan berlanjutan selama sehari sejak petang Isnin menyebabkan beberapa laluan jalan dan jambatan di daerah Gua Musang, Kelantan terputus hubungan apabila dilimpahi banjir.
"Saya tak boleh jawab untuk menghormati mahkamah" - PM
"Saya tertakluk...saya boleh jawab... bagi masa lepas mahkamah. Saya akan bawa datang sini untuk jawab," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya YB Kota Bharu tentang Titah Adendum.
RCI Batu Puteh: 'Kalau ada siasatan, saya sedia' - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sedia memberi kerjasama jika siasatan jenayah terhadapnya mahu dimulakan susulan syor daripada laporan RCI Batu Puteh.
Titah Adendum tidak dibangkitkan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan dihadiri PM
Menurut Perdana Menteri, permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 8 Disember 2023. "Saya persembah kepada Tuanku atas alasan semua rakyat atau banduan berhak membuat permohonan dan kerana kedudukan Datuk Seri Najib adalah munasabah kalau diberi pertimbangan. Tuanku Agong memberi perkenan agenda tambahan, "Pada masa itu, dalam mesyuarat yang saya hadir tidak langsung bangkit isu kandungan Adendum yang dimaksudkan," jelas Anwar. #AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Lima pakej Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam pembinaan
Lima pakej dalam Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sedang dalam pembinaan manakala dua pakej lagi sudah siap sepenuhnya.