awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

Lima pasangan dicekup di hotel, rumah urut

Sinar Harian
Sinar Harian
27/09/2023
08:36 MYT
Lima pasangan dicekup di hotel, rumah urut
Antara tumpuan operasi itu adalah kesalahan jenayah syariah di bawah Seksyen 27, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor iaitu berkaitan dengan khalwat. - Gambar/ Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Sebanyak lima pasangan ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Pencegahan Maksiat di sekitar bandar raya Johor Bahru, pada awal pagi Rabu.
Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, kesemua 10 individu berkenaan iaitu lima warga tempatan dan lima warga asing ditahan di tiga lokasi berasingan hasil pemeriksaan di rumah-rumah urut dan hotel-hotel di sekitar bandar raya berkenaan.
“Operasi ini bertujuan mencegah perbuatan maksiat yang bersalahan dengan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor.
"Alhamdulillah, operasi ini diselenggara dengan baik dan kita berjaya membuat pencegahan-pencegahan dan tangkapan juga.
"Kita menangkap juga beberapa pesalah dan mereka akan dikenakan siasatan sebelum pendakwaan dibuat di Mahkamah Syariah," katanya kepada pemberita pada operasi berkenaan.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Jamaludin Hamid dan Timbalan Pengarah (Operasi) JAINJ, Yosree Ikhsan.
Operasi penguatkuasaan tersebut turut disertai 16 penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan melakukan pemeriksaan di rumah-rumah urut, hotel-hotel di sekitar Johor Bahru.
Antara tumpuan operasi adalah bagi kesalahan jenayah syariah di bawah Seksyen 27, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor iaitu berkaitan dengan khalwat.
Sementara itu, Mohd Fared menegaskan operasi sedemikian akan berterusan dan tidak hanya tertumpu pada setiap hujung minggu dan musim percutian sahaja.
Beliau berkata, ia bertujuan memberikan peringatan kepada masyarakat bahawa penguatkuasaan tidak akan bertindak hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja.
"Kita lazimkan tindakan seperti ini supaya 'kegerunan' ini memberikan amaran bahawa perlakuan jenayah syariah amatlah ditegah dan mestilah dijauhi.
"Rutin ini akan diteruskan dan kita akan pergi ke mana-mana tempat, walaupun tanpa aduan.
"Secara keseluruhannya, JAINJ akan memastikan tanggungjawab mereka dalam pemerkasaan undang-undang syariah dan juga pencegahan jenayah syariah ini diteruskan pada setiap masa," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#khalwat
#rumah urut
#Johor
#operasi bersepadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.