awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan ikut kelas pendapatan - KSU Perbendaharaan
Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima perkara penting kenyataan media mengenai COVID-19 hari ini

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/08/2020
09:47 MYT
Lima perkara penting kenyataan media mengenai COVID-19 hari ini
Dr Noor Hisham memaklumkan tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang dilaporkan pada hari ini. - Bernama
Malaysia mencatatkan satu angka kes jangkitan baharu COVID-19 untuk dua hari berturut-turut, dengan hanya satu kes dicatatkan hari ini.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,002 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 193 kes.
Ini lima perkara yang anda perlu tahu dalam kenyataan media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.Noor Hisham Abdullah, pada Selasa.
1. Satu kes jangkitan berkenaan merupakan kes penularan dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.
2. Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang dilaporkan pada hari ini.
3. Tiada kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan.
4. KKM tidak pernah mengeluarkan arahan bagi ibu bapa dan pelajar yang bercuti di Kubang Pasu untuk menjalani saringan. Ia merupakan berita palsu.
5. KKM berharap masyarakat tidak leka dan akan terus mengamalkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#Kubang Pasu
#Malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan