KUALA LUMPUR: Lima rang undang-undang diluluskan pada minggu pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15.
Ia melibatkan Rang Undang-Undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2024 serta Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.
Turut diluluskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) (Pembubaran) 2024 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) Malaysia (Pindaan) 2024 yang bertujuan memindahkan fungsi MAVCOM kepada CAAM.
Sementara itu Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 bagi meminda Akta Audit 1957 (Akta 62) pula dibentangkan untuk bacaan kali pertama.
Persidangan minggu ini turut menyaksikan Dewan Rakyat meluluskan usul bagi merujuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat susulan dakwaan pertuduhan kes mahkamah yang dikenakan terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan.
Usul dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu bagi menentukan sama ada kenyataan dibuat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berkenaan mengelirukan dewan dan merosakkan kepentingan pihak yang berbicara dalam kes tersebut.
Turut mencuri tumpuan minggu ini ialah penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu penjualan saham Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang menurut beliau, soal penjualan itu tidak berbangkit memandangkan pemilikan majoriti saham kekal milik pemain negara.
"Ini berbeza dengan naratif di luar. Naratif di luar seolah-olah penjualan tetapi tidak. Selama ini, syarikat asing memiliki sekitar 27 peratus dan inilah yang diambil alih oleh GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).
"Apakah kita ada penjualan melibatkan lapangan terbang? Tidak. Ini hanya melibatkan pengurusan dan MAHB hanya syarikat yang menguruskan lapangan terbang. Lapangan terbang kekal milik kerajaan Malaysia," kata Anwar.
Minggu pertama juga menyaksikan Azalina membentangkan usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan 2022 dan dibahaskan oleh 27 Ahli Parlimen.
Bagaimanapun sesi perbahasan dan penggulungan bagi usul itu akan bersambung pada persidangan Dewan Rakyat minggu depan.
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari sehingga 18 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 15 hari sehingga 18 Julai ini. - Foto Bernama
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Lima rang undang-undang diluluskan di Dewan Rakyat pada minggu pertama
Lima rang undang-undang diluluskan pada minggu pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15.