awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Laluan kereta api laju Xi’an–Yan’an mula beroperasi
Pelakon Vijay tiba di Kuala Lumpur menjelang pelancaran audio filem Jana Nayagan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima sebab MySejahtera jadi kegemaran masyarakat

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2020
05:42 MYT
Lima sebab MySejahtera jadi kegemaran masyarakat
Jadikanlah MySejahtera teman sejati anda bermula sekarang. - Gambar BERNAMA
APLIKASI MySejahtera dibangunkan kerajaan untuk memantau penularan COVID-19 dalam negara dan sehingga kini, jutaan rakyat Malaysia sudah menggunakannya.
Mungkin ia tidaklah secanggih aplikasi lain tapi hakikatnya, ia membantu memudahkan urusan harian masyarakat terutamanya ketika mahu masuk ke premis-premis di seluruh negara.
Astro AWANI menyenaraikan lima faktor mengapa aplikasi yang dilancarkan pada April lepas ini mula menjadi kegemaran masyarakat.
Pertama, sudah tentu ia memudahkan urusan kerana anda tidak perlu lagi tulis nama dan nombor telefon, hanya imbas dan segala maklumat anda terpapar dalam aplikasi tersebut.
MySejahtera
MySejahtera
Ia menjimatkan masa dan pastinya lebih selamat, tidak perlu berkongsi pen dengan orang lain.
Kedua, paparan utamanya yang ringkas dan mudah difahami sebenarnya membantu semua orang termasuk warga emas untuk lebih mudah memahami aplikasi berkenaan.
Selain itu, antara ciri menarik ditampilkan aplikasi itu adalah perkongsian maklumat terkini kes COVID-19 di Malaysia yang dikemas kini setiap hari, dengan pantas juga.
MySejahtera
MySejahtera
Bukan itu sahaja, MySejahtera juga memaparkan maklumat kes di setiap negeri dan di peringkat global.
Keempat, aplikasi itu menyediakan ruang untuk anda mengetahui lokasi ‘hotspot’ virus berkenaan di seluruh negara, hanya isikan nama lokasi dan semua maklumat ada di depan mata anda.
Sudah tentu ia memudahkan anda untuk merancang perjalanan.
MySejahtera juga membolehkan pengguna mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk membuat pemeriksaan dan rawatan.
MySejahtera
MySejahtera
Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store dan Apple App Store.
Jadikanlah MySejahtera teman sejati anda bermula sekarang.
Topic Berkaitan
#Apple
#Astro
#Astro Awani
#Google
#Hospital
#hotspot
#kerajaan
#koronavirus
#Malaysia
#MySejahtera
#rakyat
#rakyat Malaysia
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan