awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima suspek 'Op Vulture' ditahan kerana ugutan, simbah cat merah

Bernama
Bernama
27/07/2025
22:20 MYT
Lima suspek 'Op Vulture' ditahan kerana ugutan, simbah cat merah
Antara barangan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut termasuk cat merah, kertas nota ugutan, pakaian, pelitup muka, telefon bimbit serta motosikal. - Foto Facebook/Polis Kontinjen Kelantan
KOTA BHARU: Polis menahan lima individu disyaki terbabit dalam aktiviti pinjaman wang tanpa lesen yang turut melibatkan perbuatan ugutan dan khianat, termasuk menyimbah cat merah pada kediaman peminjam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kesemua suspek berusia antara 25 hingga 39 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Kota Bharu menerusi Op Vulture.
Beliau berkata suspek pertama diberkas pada 23 Julai di Pasir Tumboh, Kubang Kerian manakala empat lagi suspek ditahan pada 25 Julai susulan kejadian simbah cat di Pasir Hor.
"Polis turut merampas 34 barangan dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut termasuk cat merah, kertas nota ugutan, pakaian, pelitup muka, telefon bimbit serta motosikal.
"Hasil siasatan awal mendapati kelima-lima suspek disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya sembilan kes khianat harta benda di sekitar Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah. Tindakan mereka termasuk memecahkan cermin tingkap menggunakan batu, menampal nota ugutan dan mengunci pagar rumah peminjam sebagai bentuk tekanan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Mohd Yusoff berkata kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan, dan kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan iklan pinjaman wang di media sosial atau aplikasi tidak sah serta membuat semakan melalui saluran rasmi sebelum membuat sebarang urusan kewangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Vulture
#pinjaman wang tanpa lesen
#Mohd Yusoff Mamat
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan