awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini, 12 Disember 2020

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/12/2020
09:12 MYT
Lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini, 12 Disember 2020
Sebanyak 39 operasi sanitasi meliputi 11 Zon Merah, 3 Zon Jingga, 10 Zon Kuning dan 5 Zon Hijau yang melibatkan 11 buah negeri dilaksanakan semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR :Genap sembilan bulan atau 270 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada orang awam yang melakukan kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan kompaun kepada 77 individu atas kesalahan tersebut dalam operasi penguatkuasaan pada Jumaat.
Berikut adalah lima perkara penting dalam kenyataan Ismail Sabri pada Jumaat, 12 Disember 2020:
1) PDRM menahan 241 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dengan 202 individu dikompaun dan 39 individu direman.
2) Kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78), tidak memakai pelitup muka (77) dan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (43).
3) Operasi Benteng telah berjaya menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI), 1 tekong serta merampas 6 kenderaan darat dan 2 bot/kapal.
4) Sebanyak 39 operasi sanitasi meliputi 11 Zon Merah, 3 Zon Jingga, 10 Zon Kuning dan 5 Zon Hijau yang melibatkan 11 buah negeri dilaksanakan semalam.
5) Sehingga 11 Disember, sebanyak 12,827 individu dari luar negara sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 543 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
Topic Berkaitan
#pelitup muka
#PKP
#PKPB
#PKPP
#Ismail Sabri
#Menteri Kanan
#penjarakan fizikal
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#polis
#pati
#operasi
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan