awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LIMA'23 dijangka capai nilai MoU antara RM7 bilion hingga RM8 bilion - Mohamad Hasan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/01/2023
08:50 MYT
LIMA'23 dijangka capai nilai MoU antara RM7 bilion hingga RM8 bilion - Mohamad Hasan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, LIMA 2023 akan menjadi lokasi untuk pemain industri bertukar pandangan selain turut menjalinkan kerjasama antara negara. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan menganggarkan sejumlah RM7 bilion hingga RM8 bilion kontrak perolehan dan kerjasama industri pertahanan akan dapat dicapai menerusi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, LIMA 2023 akan menjadi lokasi untuk pemain industri bertukar pandangan selain turut menjalinkan kerjasama antara negara.
"Kita jangkakan lebih banyak lagi perjanjian-perjanjian persefahaman yang akan dimeterai antara negara dan syarikat.
"Empat tahun LIMA ini tidak diadakan, jadi banyak negara di rantau Asia Pasifik sedang teliti dan menilai untuk beli aset dan juga perolehan.
"LIMA'23 merupakan tempat pemain industri pertahanan udara dan maritim untuk tukar pandangan serta jalin kerjasama teknologi," katanya pada sidang media selepas merasmikan LIMA'23 di Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa (MITEC) pada Isnin.
Menurutnya lagi, kerajaan juga telah menghantar sebanyak 600 jemputan terhadap negara luar dan daripada jumlah itu sebanyak 80 peratus telah mengesahkan penyertaan bagi LIMA'23.
Penganjuran LIMA'23 akan berlangsung di Langkawi bermula 23 hingga 27 Mei yang sememangnya dinantikan pengunjung.
Ini setelah kali terakhir ia diadakan pada 2019 susulan keadaan pandemik COVID-19 yang memaksa acara itu dibatalkan.
Topic Berkaitan
#LIMA 2023
#Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi
#Menteri Pertahanan
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan