awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lindungi penguatkuasa, penyelamat: Wujudkan mekanisme undang-undang - CUEPACS

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/11/2018
10:42 MYT
Lindungi penguatkuasa, penyelamat: Wujudkan mekanisme undang-undang - CUEPACS
Azih (kanan) berbincang bersama anggota bomba selepas sidang media di IJN hari ini. - BERNAMA
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Kerajaan mewujudkan mekanisme dari sudut undang-undang bagi menjamin keselamatan anggota penguatkuasa dan penyelamat di negara ini.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, mekanisme perundangan itu melangkaui prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh setiap agensi.
"Apabila disebut berkenaan mekanisme keselamatan, ada ciri-cirinya. Ertinya, kalau orang nak naik bot, kena ada pelampung keselamatan supaya kalau bot itu terbalik, maka dia tidak tenggelam. Begitu juga apabila kita melaksanakan tugas sebagai penguatkuasa, kita dibentengi oleh undang-undang.
"Siapa yang menyentuh penjawat awam umpamanya, maka mereka boleh disabitkan. Mereka yang mencaci umpamanya boleh disabitkan. Kita tidak mahu anggota keselamatan ini seolah-olah menjadi tempat melampiaskan kehendak mereka yang tidak puas hati.
"Kena saman, nak ambil tindakan. Nak menyelamat pun, jadi macam ni. Sebab itu kita kata kena ada mekanisme yang mengandungi ciri-ciri yang perlu ada untuk dipertahankan anggota itu. Ini mungkin lebih meluas daripada SOP yang dibuat oleh sesebuah agensi," katanya pada sidang media di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.
Beliau sebelum itu melawat anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun, yang menjadi mangsa kekecohan sewaktu cuba memadamkan kebakaran di Kuil Sri Maha Mariamman dekat Subang Jaya tempoh hari.
Jelasnya, mekanisme itu dilihat sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelakkan kejadian yang berlaku kepada Muhammad Adib berulang pada masa akan datang.
Beliau yang kesal dengan malang yang menimpa Muhammad Adib itu mahu nasib penguatkuasa dan penyelamat terus dibela dan dianggkat pada taraf yang sewajarnya.
"Ini adalah satu langkah pencegahan di mana pada masa akan datang, tidak akan berlaku lagi insiden-insiden seumpama ini.
"Kita amat sedih. Mereka (anggota bomba) tak pernah pukul orang pun, mereka tak pernah gari orang pun, tapi kenapa mereka dipukul, kenapa mereka dilaku sedemikian rupa?" kesal beliau.
Beliau pada masa sama menggesa Kerajaan menyegerakan pembayaran Elaun Khas Skim Perkhidmatan kepada jabatan itu yang masih tertangguh di peringkat Kabinet walaupun telah diluluskan Parlimen pada Mac lalu.
Topic Berkaitan
#bomba
#cuepacs
#kuil sri maha mariamman
#Muhammad Adib
#Pegawai Keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan