awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liow: Dr Hasan masih boleh merayu

Bernama
Bernama
04/12/2012
07:29 MYT
Liow: Dr Hasan masih boleh merayu
Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwatnya bulan lepas, masih boleh merayu terhadap keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) itu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dr Hasan yang digantung tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan juga mempunyai pilihan bersara awal.
"Biar beliau sendiri putuskan apa yang beliau mahu lakukan selepas ini," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulan kementerian serta pelancaran 'Clearinghouse for Researh on Disability', di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan, berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, dibuat mengikut Peraturan 33 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
SPA juga memutuskan Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, jururawat Gred U41 yang merupakan pasangan Dr Hasan dalam kes khalwat itu, dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.
Pada 14 Nov lepas, Dr Hasan dan Wan Syarifah Nooraazmanita didenda RM3,000 dan RM2,900 masing-masing oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik hotel di sini.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman
#Datuk Seri Liow Tiong Lai
#Kementerian Kesihatan
#Suruhkaya Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan