KOTA KINABALU: Liputan rangkaian 4G di Sabah kini telah mencapai 86.9 peratus kawasan berpenduduk di negeri itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata pencapaian itu merupakan hasil usaha bersepadu dalam memperkasa infrastruktur perkhidmatan jalur lebar terutamanya menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah.
"Kita bersetuju supaya MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) negeri duduk dengan kerajaan negeri, untuk melihat adakah kawasan berpenduduk itu benar-benar termasuk dalam 'mapping' kita.
"Macam Sabah sudah sampai 86.9 peratus kawasan berpenduduk, tetapi sampai (liputan rangkaian 4G) dan kualiti adalah lain. Sampai (liputan) maksudnya kawasan itu ada kesalinghubungan (connectivity).
"Tapi kita tahu dalam soal rangkaian jalur lebar, sampai (liputan rangkaian) itu tidak statik dan dinamik, kerana apabila semua (penduduk) balik kampung serta ramai menggunakan (internet) kelajuannya akan tersekat-sekat, namun, bila tidak ramai menggunakannya rangkaian akan laju," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital, Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) Bil 1/2022 hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam, dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek.
Annuar berkata walaupun berpuas hati dengan kemajuan pelaksanaan JENDELA, namun beliau mahu setiap projek pembangunan dirancang di bawah pelan itu, seperti menambah menara baharu dan menaik taraf menara sedia ada, dipercepatkan.
Beliau berkata kementeriannya turut meneliti beberapa teknologi baharu untuk memastikan perkhidmatan rangkaian Internet sampai ke semua kawasan termasuk di pedalaman, seiring dengan matlamat memastikan liputan rangkaian 4G di seluruh negara mencapai 96.9 peratus menjelang akhir tahun ini.
Menurutnya, hampir 99 peratus rangkaian jaringan 3G telah ditutup dan kira-kira 86 hingga 87 peratus pengguna telah pun menggunakan rangkaian 4G setakat ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Annuar mengarahkan MCMC untuk memantau seterusnya menangani isu menara telekomunikasi dibangunkan secara haram, kerana beliau turut menerima beberapa maklumat berhubung perkara berkenaan di Johor dan beberapa negeri lain.
"Menara haram itu tidak boleh dibenarkan. Saya harap MCMC melihat masalah ini kerana ia boleh menimbulkan banyak masalah termasuk isu keselamatan, selain kehilangan hasil kepada kerajaan tempatan dan mewujudkan gangguan kepada perkhidmatan yang diberikan," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, mesyuarat MEDIKK bersetuju supaya kementerian dan MCMC, berbincang dengan wakil setiap negeri bagi memperkemas serta menambahbaik proses pelaksanaan projek JENDELA, termasuk dalam hal-hal berkaitan kelulusan tapak pembinaan prasarana berkaitan.
"Tiap negeri ada kaedah dan peraturan tersendiri tanpa kita mencampuri bidang kuasa kerajaan negeri terutama dalam soal tanah, tapi ada ruang kita membentuk persefahaman dengan cara bertukar maklumat.
"MCMC akan menyediakan satu kerangka berdasarkan kepada pengalaman masa lalu dan negeri-negeri, kita akan duduk secara khusus untuk kita bantu supaya mempercepat projek pembangunan infrastruktur jalur lebar di masa akan datang," katanya, sambil menambah, MCMC juga diminta bekerjasama rapat dengan wakil rakyat, bagi menangani aduan rakyat seterusnya memberi perkhidmatan liputan Internet lebih bermutu.
"Rakyat juga boleh terus memberi maklumat mengenai sebarang permasalahan berkaitan perkhidmatan jalur lebar di kawasan masing-masing melalui portal Jendela Map bagi memudahkan MCMC bersama syarikat telekomunikasi mengatasi masalah tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022

Annuar berkata pencapaian itu merupakan hasil usaha bersepadu dalam memperkasa infrastruktur perkhidmatan jalur lebar terutamanya menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah. - Gambar fail/BERNAMA

Transformasi | Konvensyen KIK jana idea-idea baharu penjawat awam
Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) peringkat kementerian diyakini mampu memupuk serta membudayakan penjanaan idea-idea baharu dalam kalangan penjawat awam khasnya di Sarawak. Penganjuran ini akan menjadi platform kepada kumpulan kik daripada setiap jabatan dan agensi melonjakkan prestasi, kecekapan serta keberkesanan dalam menyampaikan perkhidmatan.

JENDELA Sabah | Pelan diharap dilaksanakan sepenuhnya hujung tahun
Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah kini mencapai tahap 70 peratus. Sambil optimis, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Datuk Yakub Khan berkata, pelan itu diharap dapat dilaksanakan sepenuhnya penghujung tahun ini.

PRU15 | GRS sedia bertembung lawan di Tawau termasuk UMNO
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia berdepan dengan mana-mana lawan termasuk UMNO di kerusi Parlimen Tawau. Ketua Bahagian Bersatu Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata kesediaan UMNO untuk bertanding secara solo tidak menggugat persiapan GRS di Parlimen itu.

Keperluan Khas | Sebuah bakeri ditubuhkan bantu golongan autistik
Sarawak kini memiliki bakeri yang diusahakan sepenuhnya golongan autistik. Penubuhan bakeri itu mampu membantu dan membimbing anak muda autistik berdikari serta menikmati pendapatan sendiri selain susulan latihan kemahiran yang diterima kelompok pertama pelatih ini.

Gangguan Air | Berpunca daripada paip bocor di projek lebuh raya
Masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Sarawak adalah disebabkan aktiviti pembinaan jalan dan lebuh raya termasuk Pan Borneo. Perkara itu juga menjadi keutamaan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi selain peranan agensi pelaksana berkomunikasi bagi mengelak berlakunya masalah gangguan dan kebocoran paip di kawasan projek pembinaan.

Isu Warganegara | Dua beradik terima MyKad, kembali ke sekolah
Perasaan yang sukar digambarkan selepas lebih setahun tidak dapat ke sekolah. Kini Ivy Willy dan kakaknya Illa akan berpeluang menyambung semula sesi persekolahan selepas permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan diri diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

PM Ismail Sabri yakin pelabur asing terus tanam modal di Malaysia
Perdana Menteri menzahirkan keyakinan bahawa pelabur asing akan terus berminat menanam modal di negara ini hasil polisi dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Hari Kemanusiaan | Malaysia for Syria terus beri bantuan
Meski tidak banyak perubahan yang berjaya dilakukan dalam usaha menyelamatkan Syria terutama nasib kanak-kanak, namun tidak mematahkan semangat Malaysia for Syria untuk terus menghulurkan bantuan.

Kemarau | China keluarkan amaran kemarau kebangsaan
China mengeluarkan amaran kemarau yang pertama tahun ini ketika pihak berkuasa giat menangani kebakaran hutan, selain menggerakkan pasukan khas untuk melindungi tanaman supaya tidak terjejas akibat suhu panas di sepanjang lembangan Sungai Yangtze.

RMK-12 | RM6.3 bilion peruntukan diluluskan untuk Selangor
Kerajaan meluluskan peruntukan RM6.3 bilion bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor di bawah rolling plan kedua Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara projek penting yang akan dilaksanakan termasuk lima projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan RM4.7 bilion.