awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo

Bernama
Bernama
03/07/2024
07:26 MYT
Liputan 5G di kawasan berpenduduk kini 81.7 peratus - Teo
Teo berkata buat masa ini, pembinaan rangkaian 5G tertumpu di kawasan bandar yang mempunyai aktiviti ekonomi tinggi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai tahap 81.7 peratus, dengan siapnya 7,114 tapak 5G di seluruh negara setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata buat masa ini, pembinaan rangkaian 5G tertumpu di kawasan bandar yang mempunyai aktiviti ekonomi tinggi, manakala peluasan ke kawasan lain termasuk luar bandar telah dimulakan dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.
"Di Kuala Lumpur peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk pada tahap (97.7 peratus), Putrajaya (97.3 peratus), Selangor (96.1 peratus), Johor (83.1 peratus), Melaka (88.6 peratus), Negeri Sembilan (77.5 peratus), Pulau Pinang (91.1 peratus) dan Perak (79.8 peratus)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang ingin tahu perancangan kerajaan untuk membina lebih banyak pencawang bagi tujuan meningkatkan kadar capaian Internet berkelajuan tinggi (5G) di kawasan pedalaman dengan lebih menyeluruh.
Sementara itu, Teo berkata liputan 5G di kawasan berpenduduk di Kedah pada tahap 80.1 peratus, Perlis (91.4 peratus), Pahang (65.5 peratus), Terengganu (72.7 peratus), Kelantan (66.4 peratus), Sabah (68.6 peratus), Labuan (94.4 peratus) dan Sarawak (62 peratus).
Menjawab soalan tambahan Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai saluran aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sekiranya terdapat masalah liputan, Teo berkata mereka boleh membuat aduan menerusi talian WhatsApp 0162206262.
Teo berkata aduan juga boleh dibuat menerusi laman web https://www.mcmc.gov.my/ atau kaunter aduan MCMC di Bangunan Parlimen, yang membolehkan ahli Parlimen membuat aduan sekiranya terdapat masalah liputan Internet di kawasan masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#liputan 5G
#Teo Nie Ching
#Dewan Rakyat
#tahap capaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan