awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Logo Hari Kebangsaan PN bawa retak dalam usaha bentuk perpaduan - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
20/08/2023
11:03 MYT
Logo Hari Kebangsaan PN bawa retak dalam usaha bentuk perpaduan - Penganalisis
Sivamurugan berkata konsep Malaysia Madani dalam tema sambutan tahun ini tidak wajar disifatkan sebagai suatu yang bermotifkan politik.- Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tindakan Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan logo dan tema alternatif bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dilihat adalah suatu yang tidak wajar.
Penganalisis dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Sivamurugan Pandian berkata tindakan itu boleh membawa kepada keretakan dalam usaha Kerajaan Persekutuan membentuk perpaduan.
Beliau turut menjelaskan, tindakan sedemikian juga janggal kerana menunjukkan seolah-olah negeri ditadbir PN tidak memahami semangat federalisme, memandangkan gabungan itu mahu berselisih soal logo Hari Kebangsaan, sedangkan masih menuntut bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan.
"Dalam konteks ini apabila ada pihak yang mengusulkan sesuatu yang berbeza, sudah pasti itu boleh membawa kepada keretakan dan ketempangan kepada apa yang diusahakan agar dapat menjadi satu nilai kesepaduan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
"Jangan dalam soal ini (logo dan tema alternatif Hari Kebangsaan) mahu berbeza, kemudian dalam soal lain termasuk hal bantuan kewangan, proses pembangunan dan modenisasi masih memerlukan nilai keterikatan dengan Kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Fokus Minggu Depan terbitan Astro AWANI pada Ahad.
Sivamurugan menegaskan dalam hal berkaitan sambutan Hari Kebangsaan, setiap negeri perlu mengikut ketetapan yang telah dibuat di peringkat Persekutuan kerana ia membawa visi kenegaraan dalam konteks yang lebih besar.
Oleh itu, konsep Malaysia Madani dalam tema sambutan tahun ini tidak wajar disifatkan sebagai suatu yang bermotifkan politik.
"Bagi saya setiap negeri perlu terus menggunakan apa yang telah dipersetujui di peringkat Kerajaaan Persekutuan, kemudian disesuaikan mengikut negeri berdasarkan kepada masa dan kos.
"Perlu dilihat konsep Malaysia Madani itu bukan suatu yang memenuhi keperluan pemimpin politik, sebaliknya ia merupakan agenda besar kementerian dan agensi kerajaan yang harus dilihat sebagai satu gagasan keatas takrifan, konsep dan penjenamaan negara.
"Jika itu dilihat secara praktikal dan waras, saya percaya masing-masing tahu walaupun menggunakan istilah Malaysia Madani di dalam apa sahaja penggunaan, ia tidak menjejaskan reputasi mereka yang mempunyai fahaman politik yang berbeza," katanya lagi.

Topic Berkaitan
#Sivamurugan Pandian
#Perikatan Nasional
#Hari Kebangsaan
#kerajaan Persekutuan
#perpaduan
#logo Hari Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan