awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Logo kasut mirip kalimah Allah: Lapor polis jika ada maklumat - MCMC

Astro Awani
Astro Awani
08/04/2024
00:30 MYT
Logo kasut mirip kalimah Allah: Lapor polis jika ada maklumat - MCMC
Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah diminta untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk polis.
KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah diminta untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk polis.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan itu.
"MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dan membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.
"Orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R (bangsa, raja, agama), sebaliknya laporkan kepada MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan PDRM untuk tindakan selanjutnya," kata MCMC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Isnin.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial selepas seorang pengguna mendakwa logo dipercayai seakan kalimah Allah tertera di bahagian tapak kasut isterinya yang baru dibeli.
Susulan itu, ia mencetus kontroversi terutama apabila isu sama terjadi tidak lama sebelum ini berkait dengan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah dan djual di KK Super Mart.
Topic Berkaitan
#logo kasut
#Kalimah Allah
#Kasut Verns
#corak kalimah Allah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan