KUALA LUMPUR: Nama dan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini didakwa sebagai ahli pertubuhan parti politik, Liberal International sudah dikeluarkan daripada laman sesawangnya, pada Ahad.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan, Liberal International juga mengambil maklum bahawa PKR bukan ahli pertubuhan itu.
"Saya telah berhubung dengan pihak Liberal International supaya nama dan logo PKR dikeluarkan daripada laman web organisasi itu dan baru setengah jam tadi, saya dimaklumkan bahawa pihak Liberal International sudah menurunkan logo (PKR)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program PemerkasaanOrang Kurang Upaya (OKU) Celik Digital di Pusat Komuniti IWK Eco Park, di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital memberitahu, PKR juga sedang mempertimbangkan tindakan perundangan ke atas pihak-pihak yang melemparkan tohmahan tersebut.
"Saya akan minta kawan-kawan terutamanya para peguam untuk mengambil kira tohmahan dan fitnah jahat yang dibuat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengaitkan PKR dengan Liberal International dengan niat yang jahat.
"Sekiranya ada keperluan, kita akan mengambil tindakan perundangan atau kita teliti perkara ini dan saya berharap semua menghentikan tohmahan itu," tambahnya.
Menurutnya, berdasarkan maklum balas yang diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) lebih 200 kandungan berkaitan Liberal International dikaitkan dengan PKR.
"Memang ada tingkah laku yang diselaraskan dan ini serangan politik dan penting saya jelaskan fakta, PKR bukan ahli Liberal International," jelasnya.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai hantaran oleh beberapa pihak yang mendakwa, PKR menjadi ahli dalam organisasi parti politik liberal antarabangsa yang turut dipercayai mempunyai kaitan menyokong Israel.
Liberal International adalah sebuah organisasi parti politik liberal di seluruh dunia yang diasaskan di Oxford pada 1947 dan menjadi rangkaian utama bagi parti liberal yang bertujuan untuk mengukuhkan liberalisme di seluruh dunia.
Astro Awani
Sun Nov 05 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) Celik Digital di Pusat Komuniti IWK Eco Park hari ini. - Foto fail/BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Banjir: 267 stesen pemancar telekomunikasi terjejas kembali beroperasi - Fahmi
Sebanyak 267 stesen pemancar telekomunikasi yang terjejas akibat banjir, telah kembali pulih dan beroperasi setakat 9 pagi tadi.
Tindakan Anwar berang di luar karakter, PM sekali lagi mohon maaf - Fahmi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memohon maaf kepada Jemaah Menteri susulan tindakannya melepaskan kemarahan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Parlimen minggu depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada minggu depan.