awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Logo seakan kalimah Allah di tapak kasut: Polis terima lapan laporan - KPN

Bernama
Bernama
07/04/2024
13:46 MYT
Logo seakan kalimah Allah di tapak kasut: Polis terima lapan laporan - KPN
Razarudin berkata, satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis telah menerima lapan laporan di seluruh negara setakat ini berkaitan isu logo sebuah syarikat kasut terkenal didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluarannya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, berikutan itu satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci serta niat jahat atau memudaratkan perpaduan manakalaSeksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 melibatkan penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan.
"Polis telah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun, petang tadi, di Pulau Pinang yang mendakwa melihat satu video berhubung isu kalimah Allah di tapak kasut di laman Facebooknya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini, tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media sosial berkenaan seorang lelaki mendakwa kasut Vern's yang dibelinya memaparkan logo dipercayai seakan kalimah Allah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam maklum balas berkaitan isu itu berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut, esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kasut
#Kalimah Allah
#laporan polis
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan