awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loji Lynas mulakan pengeluaran dalam beberapa minggu

Bernama
Bernama
07/01/2013
03:54 MYT
Loji Lynas mulakan pengeluaran dalam beberapa minggu
Pelombong nadir bumi, Lynas menjangka mengeluarkan produk siap dari lojinya yang kontroversi di Malaysia dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Syarikat itu telah mentauliahkan unit perekah dan mengekstrak nadir bumi di loji galian canggihnya di Pahang, katanya dalam satu kenyataan.
Unit-unit itu kini mengeluarkan sulfat yang akan disuapkan ke dalam unit mengekstrak bagi pengeluaran akhir produk nadir bumi, katanya.
"Lynas menjangka produk nadir bumi komersil akan tersedia di loji itu di dalam Tempoh beberapa minggu akan datang," kata syarikat itu.
Harga saham Lynas melambung berikutan penyebaran berita itu, yang meningkat A4.5 cent atau 7.2 peratus kepada A67 cent pada jam 1146 AEDT pada Isnin, demikian menurut laporan Australian Associated Press.
Loji Lynas memulakan pengeluaran pada November, selepas terlewat disebabkan tindakan perundangan oleh penentang operasinya, yang bimbang mengenai pencemaran dan kemungkinan ancaman terhadap kesihatan.
Lombong nadir bumi Lynas dari Mt Weld di Australia Barat, yang merupakan elemen logam yang digunakan di dalam produk dari televisyen digital, pemain MP3 dan mentol lampu kalimantang.
Topic Berkaitan
#Lynas
#produk nadir bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan